Didesak supaya mengaku ada awek, Lee Do Hyun nafi hadiah yang diberikan peminat adalah untuk aweknya

Lee Do Hyun baru-baru ini dipuji di atas keberkesanan lakonannya di dalam drama jtbc 18 Again sehingga meraih kelompok besar daripada kalangan peminatnya tersendiri.

Pada 2 November 2020 hari ini, seorang netizen telah membuat kenyataan mengejutkan mengenai Lee Do Hyun. “Ada seorang pelakon ini di mana aweknya telah memuatnaik gambar pemberian hadiah daripadanya? Sampaikan dia meletakkan tanda suka kepadanya,” ciap netizen itu besertakan gambar seorang wanita memakai topi khinzir yang didakwa netizen itu sebagai teman wanita Lee Do Hyun.

Lee Do Hyun di dalam jtbc 18 Again.

 

Mengikut sumber, topi khinzir tersebut merupakan cenderahati yang diterima oleh Lee Do Hyun daripada peminatnya sebagai hadiah harijadinya. Malah, Lee Do Hyun juga meletakkan tanda suka kepada gambar berkenaan dan pernah memuatnaik gambar dia bermesra dengan wanita itu menggunakan akaun peribadinya.

Meskipun begitu, agensi Lee Do Hyun menafikan khabar angin mengatakan Lee Do Hyun sedang berpunya. “Foto itu diambil tiga tahun lalu ketika Lee Do Hyun bersama dengan kenalan rapatnya dan mereka pernah cuba untuk memakai topi khinzir itu secara sedondon. Selepas itu, foto itu pun dipadamkan setelah ia mendatangkan salah faham. Wanita itu juga bukan awek Lee Do Hyun, tapi kenalan rapat,” tegas agensinya.

Sumber: kmib

loading...