Tidak lagi derita kemurungan, Kang Daniel pamer dadanya yang kini sudah kekar berakar

May be an image of 3 people and text that says '대A 춤을 BU1O 시작하게 된 계기가'

Kang Daniel menghadiri temubual bersama Kim Bum Su, Yang Chi Seung dan Park Young-jin di dalam SBS Radio Star pada 17 Februari 2021 hari ini.

Di dalam temubual berkenaan, Kang Daniel menceritakan bagaimana beliau menangani masalah kemurungan kerana populariti yang dikecapinya sejak menjadi artis solo.

Ditanya apakah responnya setelah mencipta rekod dunia (“Guinness Book of Records”) terpantas sekali meraih bilangan pengikut melebihi 1 juta orang di dalam instagram, Kang Daniel dengan rendah hati berkata, “Sebenarnya rekod terpantas di dalam masa 24 jam yang dimiliki oleh Beckham, dan terpantas di dalam masa 12 jam pula dibuat oleh Pope Francis itu telah saya pecahkan. Tapi ia tak kekal lama kerana putera Harry dan bininya kemudian pecahkan rekod tersebut di dalam masa 6 jam saja.”

Malah, sambutan hari jadi yang dibuat oleh segerombolan peminatnya dikatakan berlebih-lebihan dan menjadi topik perbualan semasa temubual tersebut. Antaranya, ratusan dron yang cuba diterbangkan ke angkasa bagi membentuk wajahnya di Shanghai, China dan pembelian beberapa hektar tanah di Scotland selain plot tanah di bulan untuk menjadikan dirinya sebagai pemilik. Ini respon Kang Daniel terhadapnya.

“Apa yang peminat bagi saya sampaikan ada geran tanah itu, saya tak boleh terima. Haha tapi saya percaya kewujudan alien, saya terbayang kalaulah tanah (di bulan) ini didiami alien,” ujar Kang Daniel sambil ketawa. “Tapi ini memang betul geran tanah, ” jelas Kim Go Ra sambil tergelak sama.

Dalam pada itu, Kang Daniel yang menyelakkan baju yang dipakainya bagi menampakkan otot dadanya yang kini sudah kekar, menceritakan bagaimana beliau menangani masalah kemurungan berpanjangan yang berlaku pada tahun lepas.

“Saya terkena masalah panik. Akibatnya, saya tak punyai motivasi langsung dalam hidup hinggakan terasa diri ini macam binatang, bukan lagi manusia. Tapi selepas itu, saya dapat balik perasaan ingin menyanyi itu selepas mendengar muzik dan menonton persembahan orang lain. Asalnya saya pernah cuba untuk bersara terus,” luah Kang Daniel menceritakan bagaimana beliau bangkit balik daripada kemurungan yang dihadapinya.

Disebabkan itu juga, beliau menghasilkan lagu Paranonia. “Saya tulis lagu ini kerana mengandungi segala perasaan yang sukar terbuku di hati dahulu. Koreografinya agak kasar sedikit macam botol yang berat,” kata Kang Daniel lagi.

Bagaimanapun, Kang Daniel menjelaskan senyuman yang terukir di wajahnya selama ini bukan dibuat-buat. “Disebabkan saya dari Busan, ada penampakan itu. Tapi semua orang tahu, saya suka ketawa. Yang penting bukan ketawa betul-betul atau ketawa tipu. Bagi saya, ‘ketawa dengan menggerakkan kulit (“skin laughter”)’ lebih kuat bunyinya.”

Lagu Paranonia dendangan Kang Daniel ini boleh ditonton menerusi Youtube.

Sumber: xsportnews, mk stars

loading...