Gigih sambut hari jadi Kang Daniel, ratusan dron digerakkan di angkasa bagi membentuk imej Kang Daniel termasuk seketul ‘tahi lalat’ kepunyaannya

Image may contain: 1 person

Peminat Kang Daniel, Danity di China mempunyai cara mereka tersendiri dalam menyambut hari jadi idola kesayangan mereka itu.

Pada 9 Disember 2020 semalam di berdekatan dengan menara Bund Shanghai, China, 200 dron telah digerakkan oleh sekumpulan peminat Danity bagi memberikan pencahayaan serentak terhadap karikatur yang menyerupai Kang Daniel di angkasa. Dron-dron itu digerakkan beberapa kali bagi membentuk bermacam-macam formasi di angkasa, antaranya ungkapan ‘Happy Birthday on December 10th’, dan ‘Happy KD’s Birthday’.

 

Namun, yang mengundangkan tawa netizen apabila satu dron berwarna putih dengan sengaja digerakkan di dalam lingkungan karikatur berkenaan semata-mata mahu menunjukkan tahi lalat yang dimiliki oleh penyanyi itu. Rata-rata netizen memuji kreativiti mereka memandangkan pertunjukan bunga api menyambut hari jadi mana-mana penyanyi idol sebelum ini menjadi isu kerana menyebabkan gangguan dan pencemaran bunyi.

Selain pertunjukan dron berkenaan, peminat Danity di China juga menyediakan billboard dengan panel 21 LED di pusat beli-belah terkemuka di Sichon di samping membayar iklan skala kecil di Kakaotalk, Instagram dan Facebook untuk ucapan selamat hari jadi.

Tidak kurang juga peminat Danity di Korea yang telah pun menyumbangkan 1210 briket kepada orang ramai kerana pandemik Covid-19.

Sumber: sbs news

loading...