Minhyuk Monsta X, Naeun April & Jaehyun NCT berhenti jadi hos untuk SBS Inkigayo

May be an image of 3 people

Minhyuk Monsta X, Naeun April dan Jaehyun NCT akan menamatkan kerjaya mereka sebagai hos SBS Inkigayo setelah mengemudi rancangan muzik-muzik itu bersama selama setahun empat bulan bermula 20 Oktober 2019.

Menurut sumber terdekat, pemberhentian mereka dikaitkan dengan masing-masing sudah pun mempunyai komitmen tersendiri. Pihak produksi juga bercadang untuk menggantingkan dengan formula yang sama juga iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Gandingan serasi mereka difahamkan paling lama di dalam sejarah pengacaraan SBS Inkigayo sehingga bergelar sebagai ‘Minnahyun’ dalam kalangan peminat kpop. Mereka dipuji mampu menghafal skrip dan cepat bekerja dengan konsep kostum yang diarahkan meskipun sibuk dengan kerjaya nyanyian masing-masing.

Minhyuk Monsta X, Naeun April dan Jaehyun NCT akan membuat penampilan terakhir pada 28 Februari 2021 depan.

Sumber: topstarnews

loading...