Bekas ahli X1 dan juga ahli UP10TION yang tidak aktif lagi, Kim Woo Seok melakarkan sejarah sejak bergelar artis solo apabila memperolehi jualan album terbaik untuk minggu ini buat pertama kali sejak ‘debut’ pada tahun 2020.
Menurut Hanteo, album ‘2nd Desire: Tasty’ keluaran Kim Woo Seok telah berjaya membawa pulangan melebihi 85,564 unit di dalam tempoh seminggu sekaligus mengatasi jualan album diraih oleh NCT Dream, Yunho TVXQ, BTS dan Cravity yang telah dikeluarkan beberapa minggu sebelumnya. Walaupun catatan jualan terbaik di dalam seminggu diperolehi Kim Woo Seok adalah menurun berbanding album solo pertamanya, namun pencapaian terkini albumnya itu sudah boleh melayakkannya menduduki no.1 di calam carta mingguan album Gaon buat pertama kali. Album solo pertama, ‘1st Desire: Greed’ sebelum ini hanya mampu mencapai no.3 saja di dalam carta berkenaan, namun jumlah jualan diraih kini sudah melebihi 110k unit.
Sementera itu, Kim Woo Seok turut memperolehi kemenangan pertama di dalam ‘music show’ apabila lagu ‘Sugar’ diangkat sebagai pemenang ‘M Countdown’ bersama-sama dengan ‘I am Not Cool’ dendangan Hyuna pada minggu ini. “Terima kasih. Kalaupun saya tak dapat no.1, saya akan tetap menghargai Nya Nya kerana ia momen yang saya akan ingat bila-bila. Tapi saya dapat no.1, terima kasih Nya Nya. Saya akan bekerja kuat,” katanya sambil menerima trofi berkenaan.
‘2nd Desire: Tasty’ mengandungi 6 buah lagu mengasyikkan iaitu Tasty, Sugar, Better, Holiday, What Are You Up to Tonight? (이따 뭐해) dan Next. Lirik lagu ‘Sugar’ ditulisnya sendiri berdasarkan ingatannya terhadap peminat.