BTS dijadikan pencetus kejayaan, lagak KINGDOM kini seperti raja yang akan menguasai dunia kpop

May be an image of 4 people

KINGDOM, kumpulan ‘rookie’ yang sudah pun ‘debut’ dengan album pertama keluaran mereka pada 18 Februari 2021 hari ini.

Dianggotai tujuh orang ahli iaitu Dann (Jung Seungbo), Arthur (Jang Yunho), Mujin (Go Sungho) , Louis (Yang Dongsik), Ivan (Park Yoosung) , Jahan (Lim Jihun) dan Chiwoo (Guk Seungjun), kesemua nama samaran yang digunakan mempunyai simboliknya tersendiri dengan setiap satunya mewakili raja daripada zaman berbeza.

Album pertama mereka berjudul ‘History Of Kingdom: Part I. Arthur’ dikeluarkan serentak dengan lagu ‘EXCALIBUR’, yakni berkisarkan takhta raja yang perlu dipertahankan kerana memikirkan dirinya sebagai yang terpilih di antara mereka, telah dijadikan sebagai single utama.

Dari kiri: Chiwoo, Ivan dan Louis.

Ditanya apa yang mahu ditunjukkan menerusi album ‘History Of Kingdom: Part I. Arthur’ ini, KINGDOM berkata, “Saya mahu tunjukkan lagu-lagu ini hanya KINGDOM saja boleh persembahkan dan tahu mengenainya. Maka saya pelajari setiap satu daripadanya dan berlatih supaya kami dapat tampil sebagai raja.”

Muzik video ‘Excalibur’ yang dipaparkan juga agak menarik untuk diketengahkan dengan sinematografi yang memukau mata memandang serta koreografi yang mantap daripada KINGDOM. Hasilnya, keunikan Koregrafi KINGDOM dapat diperlihatkan dengan gerakan melincah bak ‘tulang selangka’ di bahagian chorus. “Saya sarankan tengok koreografi di bahagian yang mana tanah telah terbelah dek pisau yang membelahnya,” kata mereka menjelaskan keistimewaan lagu ‘Excalibur’ tersebut.

Dari kiri: Arthur, Dann, Jahan, Mujin

Menjadikan BTS sebagai sumber inspirasi, ahli-ahli seperti Dann, Arthur, Chiwoo dan Jahan begitu mengagumi BTS sehingga mempelajari teknik-teknik nyanyian dan persembahan sepenuhnya daripada mereka. Malah, muzik video ‘Excalibur’ ini juga dikatakan berinspirasikan daripada muzik video ‘ON’ nyanyian BTS pada tahun lepas. “BTS telah mempengaruhi kami dan kami sangat menghormati mereka,” ujar mereka.

Memakai pelbagai gelaran seperti ‘Fantasy Doll’, KINGDOM mahu dinobatkan sebagai kumpulan kpop yang menerajui generasi kpop keempat sekaligus melayakkan mereka menjulang gelaran hebat seperti ‘The King of Kings’, ‘Rookie of the Monster’ dan ‘Dark Horse’.

Lagu ‘Excalibur’ boleh ditonton di Youtube.

Sumber: xsportnews

loading...