Pelakon kacak Kim Young Dae akan bergandingan sama dengan Kim Yo Han untuk drama terbaru, KBS School 2021

May be an image of 2 people

Kim Young Dae sedang meneliti tawaran lakonan di samping Kim Yo Han untuk drama terbaru terbitan KBS, ‘School 2021’ .

Menurut portal IS Plus, Kim Young Dae akan membawakan watak utama pelajar sekolah bersama dengan Kim Yo Han, sekaligus menyaksikan gandingan serasi dua pelakon utama di dalam siri drama ‘School’ sekali lagi, menyusul selepas gandingan ‘bromance’ di antara Lee Jong Suk dan Kim Woo Bin untuk School 2013, Nam Joo Hyuk dan Yook Suk Jae untuk School 2015, serta Kim Jung Hyun dan Jang Dong Yoon untuk School 2017.

Dalam versi “School 2021” pula yang diadaptasikan daripada nukilan novelis asal karangan Lee Hyun, Kim Yo Han akan membawakan watak Kim Tae Jin, bekas atlet taekwondo yang telah memenangi pingat gangsa kategori junior ketika mewakili Festival Sukan Kebangsaan Korea. Setelah berdepan kecederaan dibuku lali dan kegagalan perniagaan ayahnya, Kim Tae Jin berhenti dari sukan taekwondo serta ditukarkan ke sekolah vokasional. Walaupun tindak tanduk serta percakapannya seperti orang dewasa, dia sebenarnya seorang pelajar yang baik yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila berdepan dengan gadis kesukaannya.

Manakala untuk watak Na Geum Young pula belum ditawarkan kepada sesiapa lagi dan masih lagi dicari oleh pihak produksi. Nam Geum Young merupakan seorang pelajar tingkatan 2 yang belajar memasak di sekolah vokasional untuk menjadi ‘Youtuber’. Bapa Nam Geum Young menguruskan perniagaan bilik karaoke di luar bandar bagi menyara hidup Nam Geum Young sekeluarga.

Kim Young Dae kini menjadi popular gara-gara lakonannya yang menarik sebagai Joo Seok Hoon di dalam drama SBS Penthouse dan Cha Soo Hoo di dalam KBS Cheat Me If You Can.

School 2021 yang mendapat khidmat sutradara Han Sang Woo (“KBS Naeil Cantabile”,”KBS Black Night”) dan penulis skrip tak dinamakan lagi, bakal disiarkan bermula Ogos ini.

Sumber: IS Plus

loading...