Kim Myung Soo atau sinonim bergelar L, daripada INFINITE menyuarakan hasratnya untuk kembali bekerja keras selepas pulang daripada mengerjakan khidmat ketenteraan.
Dalam temuduga bersama TV Daily, Myungsoo berkata, “Terlalu banyak memori saya kenangkan sejak membintangi drama ini. Saya sudah menjadi pelakon yang matang melakukan berbagai-bagai perkara menerusi Sung Yi Gyeom. Saya gembira ini projek terakhir saya sebelum dikerahkan masuk ke dalam ketenteraan.”
Merupakan drama sageuk keduanya selepas MBC The Emperor: Owner of the Mask, dengan berbekalkan kekacakan wajah dimiliki serta susuk tubuh yang menggiurkan, Myungsoo dipuji kerana mempamerkan lakonan yang lebih baik berbanding yang dahulu. Beliau pernah dikritik di atas lakonan yang ‘kayu’ sebelum ini.
“Apabila kali pertama berlakon drama sageuk (merujuk kepada MBC The Emperor: Owner of the Mask), saya berasa kekok tetapi kali ini saya sudah mampu bercakap cara mereka. Karakter Sung Yi Gyeom bertambah kuat selepas masa berlalu. Saya cuba berbuat macam -macam cara untuk mengekspresi perubahan yang berlaku ke atasnya. Oleh sebab itu, saya bersedia untuk melakukan macam-macam aksi meskipun keadaan penggambaran mungkin tidak mengizinkan, ” katanya.
Bagi tidak menghampakan harapan peminatnya dan INFINITE, Myung Soo memberi jaminan akan berlakon semula sebaik saja selesai menjalani ‘military service’. “Selepas 18 bulan, saya akan bekerja keras seperti sekarang dan cuba menyesuaikan diri dengan apa jenis watak ditawarkan,” kata Myungsoo yang akan menyertai pasukan marin pada penghujung Februari ini.
Myungsoo baru saja mengeluarkan album single pertamanya berjudul ‘Memory’ untuk peminat INFINITE yang sudah sekian lama menunggu buah tangan terbaru daripadanya manakala drama KBS Royal Secret Agent pula akan tamat bersiaran di Korea pada 9 Februari 2021 hari ini.
Sumber: TV Daily