Hwang In Yeop kirimkan surat cinta, terima kasih kerana sayangi Han Seo Jun katanya

May be an image of one or more people

Hwang In Yeop mengirimkan surat secara terbuka buat peminatnya di laman instagram buat pertama kali di dalam sejarah karier lakonannya.

“Ini kali pertama aku tulis surat untuk peminat, maka aku jadi gemuruh. tvN True Beauty akan dikenangi sebagai drama tidak ternilai buatku. Aku sangat gembira dapat memainkan watak yang begitu hebat bernama Han Seo Jun. Kenapa drama ini begitu berharga buatku adalah kerana aku dapat jumpa peminat aku yang sentiasa menyokongku,” katanya.

Berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyayanginya, Hwang In Yeop mendakwa dia tidak pernah berasa keletihan sewaktu menjalani penggambaran kerana peminat sentiasa di sisinya.

“Sangat sedih kerana terpaksa ucapkan selamat tinggal kepada True Beauty dan Han Seo Jun, harap-harap ia akan kekal bersemadi di hati korang bila korang terasa rindu dan mahu menontonnya sekali lagi. Aku akan berbuat terbaik untuk kembali semula dengan diriku yang berbeza pula nanti,” tambahnya lagi.

Mengakhiri nukilannya, Hwang In Yeop menyarankan peminatnya untuk kerap memakai topeng muka apabila keluar dan sentiasa menjaga kesihatan supaya tidak dijangkiti demam.

Hwang In Yeop didambai ramai penonton kdrama termasuklah di Malaysia sejak membintangi drama tvN True Beauty. Malah, beliau turut dinobatkan pemegang takhta pelakon paling digemari di Malaysia (“Kdrama Artist Top Stars”) untuk dua bulan berturut-turut sejak Disember 2020 lalu.

Sumber: instagram

loading...