Inilah 10 Artis Kpop paling banyak disebut-sebut di Twitter Sepanjang Tahun 2020

May be an image of 19 people

Selepas mendedahkan senarai 10 Artis Kpop yang paling banyak diciapkan sepanjang tahun 2020, kini Twitter pula mengeluarkan senarai 10 Artis Kpop paling banyak disebut-sebut di pelantar media sosial itu sepanjang tahun 2020.

Menurut Forbes, ia tidak menjadi kejutan apabila nama BTS tetap di hadapan selepas mendominasi carta Billboard Sosial 50 dan media sosial bertahun-tahun lamanya dengan perbezaannya diakui agak besar.  Berikut adalah senarainya:

1. BTS
2. NCT
3. EXO
4. BLACKPINK
5. GOT7
6. TREASURE
7. SEVENTEEN
8. TXT
9. TWICE
10. ATEEZ

Selain daripada senarai itu, Twitter juga mendedahkan beberapa senarai lain seperti 10 Artis Kpop Baru yang sedang meningkat naik di mana TREASURE mendahuluinya, diikuti oleh TXT, ATEEZ, Stray Kids, ENHYPEN, WayV, THE BOYZ, SuperM, IZ*ONE dan ITZY.  Populariti TREASURE dikecapi bermula pertengahan tahun 2020 apabila YG bertindak secara berselang-seli mengeluarkan album kumpulan itu tanpa rehat manakala populariti ENHYPEN pula dibantu dengan fakta bahawa kumpulan itu baru saja dibentuk setelah memenangi pertandingan I-land dan menjadi junior kepada BTS di dalam kawalan agensi besar yang sama.

Untuk 20 Negara yang menjadi pemasar kpop teragung di twitter pula telah didalangi oleh Indonesia, serta disusuli oleh Thailand, Korea Selatan, Filipina, Amerika Syarikat, Brazil, Malaysia, Jepun, Mexico, India, Argentina, Peru, Vietnam, United Kingdom, Perancis, Chile, Singapura, Kanada, Turkey dan Sepanyol. Negara Korea Selatan yang menjadi tempat ketiga tidaklah sesuatu yang mengejutkan berikutan pengguna sosial media di negara itu lebih berpaksikan di tempat-tempat yang dikhaskan dengan medium pengantaraan bahasa ibunda mereka seperti Weverse, Kakaotalk, VLive, Naver, DCUniverse dan malah juga Instagram.

Bagi 10 Lagu yang menjadi sebutan di Twitter sepanjang tahun 2020 pula, lagu-lagu keluaran BTS tetap mendominasi dengan ‘Dynamite’, ‘On’,’Black Swan’, ‘Life Goes On’, ‘Boy With Luv’ dan ‘Shadow’ menjadi kegemaran pengguna twitter. Turut berada di dalam senarai ialah ‘Resonance’ keluaran NCT yang menjadi lagu kegemaran rakyat Malaysia untuk dua bulan berturut-turut sejak Disember 2020 lalu, ‘How You Like That’ keluaran Blackpink yang menjadi lagu paling popular di Malaysia sepanjang tahun 2020, ‘More & More’ oleh TWICE serta ‘Breath’ oleh GOT7 yang dipetik daripada album terakhir mereka bersama JYP Entertainment.

Tidak dilupakan juga twitter turut menyenaraikan 20 negara yang menjadi penyuara unik buat pasaran Kpop sepanjang tahun 2020 dengan Jepun dan Amerika Syarikat menjadi pembekal utama.

Sumber: Twitter, Forbes