Akhirnya, Soo Ae akan bergandingan dengan Kim Kang Woo dalam drama terbaru JTBC

Berita baik buat peminat Soo Ae kerana aktress ini akan kembali ke dunia lakonan dengan drama terbaru dari JTBC. Kali ini, Soo Ae akan bergandingan dengan Kim Kang Woo dalam drama bertajuk “Gong Jak City”.

“Gong Jak City”  berlatar belakangkan sebuah muzium seni milik Sung Jin Group, sebuah konglomerat utama yang memegang tampuk dunia politik dan kewangan di Korea Selatan. Ia adalah sebuah drama bertemakan thriller misteri psikologi mengenai perkara-perkara yang hilang ketika manusia menjadi tamak dan gila kuasa.

Soo Ae membawakan watak Yoon Jae Hee, yang merupakan ketua Yayasan Kebudayaan Sung Jin dan bertanggung jawab atas operasi di “Space Jin,” muzium seni milik Sung Jin Group. Dia juga menantu kedua dalam keluarga yang mengendalikan Kumpulan Sung Jin. Yoon Jae Hee percaya bahawa kemiskinan boleh menghakis rasa cinta dan pendapatan yang stabil membawa kepada kehidupan yang lebih baik. Disebabkan itu, dia meninggalkan kekasihnya dan berkahwin dengan anak tidak sah taraf Kumpulan Sung Jin, iaitu Jung Joon Hyuk. Untuk menjadikan suaminya sebagai presiden, dia bekerjasama dengan bakal peguam negara dan menentang melawan Sung Jin Group.

Kim Kang Woo pula sebagai Jung Joon Hyuk, suami kepada Yoon Jae Hee. Walaupun dia adalah penyiar berita  yang terkenal dengan kelab peminatnya sendiri, dia menyembunyikan rasa rendah diri karena dilabel sebagai “anak tidak sah taraf Kumpulan Sung Jin” seumur hidupnya. Dia  sering menertawakan mereka yang bercita-cita tinggi dan mereka yang langsung tidak punya cita-cita, biarpun dia juga menunggu masa untuk merebut kuasa.

“Gong Jak City ” diarahkan oleh Jeon Chang Geun (” Mystic Pop-Up Bar “) dan ditulis oleh Son Se Dong. Ia dijadualkan untuk tayangan perdana pada separuh kedua tahun 2021.

Dalam pada itu, ini merupakan drama pertama Soo Ae dalam tempoh 5 tahun selepas drama terakhirnya KBS “Sweet Stranger and Me”. Anda juga boleh menonton drama-drama hebat Soo Ae yang lain seperti “Queen of Ambition”, “Athena: Goddess of War”, “Mask” dan “A Thousand Days’ Promise”. Manakala, bagi Kim Kang Woo, dia pernah membintangi drama seperti “Item”, “Women of 9.9 Billion”, “My Contracted Husband, Mr. Oh” dan “Goodbye Mr. Black”.

sumber : enews | Naver

loading...