Han Jisung Stray Kids baru-baru ini dikecam oleh netizen berikutan lirik lagu yang ditulisnya sebelum “debut”, difahamkan seawal usia 13 atau 14 tahun, adalah didapati berbaur penghinaan terhadap orang kulit hitam.
Lirik lagu berentakkan hip hop itu dikatakan ditujukan khas buat kaum berkulit hitam, orang gila yang tinggal di rumah sakit jiwa, orang kurang upaya serta segelintir orang Asia Tenggara dengan menyelarkan mereka sebagai ‘psikopat’ dan juga pendatang.
Di dalam klip video yang disertakan juga, Han Jisung menyebut perkataan “kkamdoongie”, carutan yang biasanya ditujukan buat mereka berkulit gelap berasal dari Asia Tenggara, yakni pendatang asing yang mencari rezeki di Korea Selatan.
Sebilangan peminat yang terkesan dengan penghinaan terhadap orang kulit hitam itu mendesak Han Jisung memohon maaf dengan segera memandangkan penyanyi itu mungkin terkhilaf kerana usianya yang masih belasan tahun ketika itu. Malah, sebelum diterima sebagai pelatih JYP pada usia 13 tahun lagi, pengalaman Han Jisung menuntut di sekolah antarabangsa Fairview bertempat di Ampang, Selangor, Malaysia selama enam tahun telah disalahanggap sebagai penghinaan terhadap warganegara Malaysia yang bekerja di Korea Selatan.
JYP Ent. sedang dihubungi untuk memberikan kenyataan lanjut mengenainya.
jisung from skz said the n word + body shaming and xenophobia in a song he made when he was 13, ppl are defending him saying he was immature and trying to clear the tags with park jisung from nct so people are getting confused pic.twitter.com/at30Don4u8
— naomi⁷ (@eclipsenao) February 2, 2021
Sumber: N/A