Jennie Blackpink diselar netizen China kerana dikatakan tiru gaya dandanan rambut Red Boy dari Journey To The West

May be an image of 3 people and text

Niat baik Jennie Blackpink untuk tampil berbeza di dalam konsert ‘online’ pertama Blackpink, ‘The Show’ pada 31 Jan 2021 semalam, mengundang kritikan daripada segelintir netizen di China gara-gara dandanan rambutnya dikatakan menyerupai watak ‘Red Boy’ daripada drama klasik China, “Journey To The West”.

Ada antaranya menyelarnya sebagai ‘pencuri hak kebudayaan’ dan tak kurang juga mempertahankan tindakan Jennie dengan mengatakan pakaian bercirikan Hanfu itu (merujuk pakaian tradisi kaum Han China) tidak seharusnya menjadi isu. Tidak cukup dengan itu, ada diantaranya juga telah meleret-leretkan perdebatan sehingga membawa kepada isu pertembungan budaya antara China dan Korea.

Konsert Blackpink The Show semalam yang disiarkan menerusi Youtube itu telah berjaya menjana pulangan sekitar RM15 juta dalam tempoh 90 minit. Menurut Youtube, konsert ‘online’ itu telah disaksikan lebih 280,000 orang penonton tidak termasuk mereka yang tinggal di tanah besar China.

Menghadirkan kejutan buat penonton, Blackpink menyanyikan ‘Sour Candy’, lagu duet yang ditulis oleh Lady Gaga untuk dimuatkan di dalam album ‘Chromatica’nya.

Sumber: weibo , sport donga

loading...