Gembira bergambar disamping patung askar Nazi, Sowon GFriend dikecam setelah luluhkan hati peminat

May be an image of 4 people and people standing

Sowon GFriend mencetuskan kontroversi setelah memuatnaik gambar-gambarnya ‘berposing’ dengan penuh gembira sekali di samping patung askar Nazi.

Bagaimanapun, beliau cepat-cepat memadamkan gambar-gambar tersebut selepas menyedari implikasi buruknya terhadap peminat kerana dikhuatiri bakal dituduh bersikap anti semitik terhadap penganut Yahudi.

“Saya kecewa dengan Sowon tapi lega dia sudah pun padamkan. Apapun, dia kena juga minta maaf. Nazi bukan kawan atau seseorang yang kita boleh peluk dan tenung dengan gembira sekali. Mereka itu pembunuh, membunuh 6 juta penganut Yahudi, dengan 1.5 juta daripadanya adalah kanak-kanak,” kata netizen itu sebelum hantarannya dikongsikan oleh puluhan ribu pengikut twitter.

Agensi GFriend, Source Music, sedang dihubungi untuk menyatakan pendirian mereka mengenainya.

GFriend baru mengeluarkan album terbaru pada November 2020 lalu dengan lagu ‘Mago’ dijadikan single utama.

Sumber: mydaily

loading...