Bakal jadi pelakon buat pertama kali, Kang Daniel sedang pertimbangkan tawaran drama Disney + Our Police Course

May be an image of 1 person

Kang Daniel dijangka akan berlakon buat pertama kali di dalam drama terbaru terbitan Disney + ,“Our Police Course”.

Tawaran lakonan kepada Kang Daniel itu disahkan oleh Konnect Entertainment dan sedang dipertimbangkan secara teliti.

Kang Daniel akan membawakan watak pelatih polis bernama Wi Seung Hyun, yang sedang mengikuti pembelajaran di Korean National Police University. Wi Seung Hyun meminati ayahnya yang bekerja sebagai Pegawai Pesuruhjaya Polis bertempat di balai polis Gyeonggi Dongbu, namun terganggu apabila bersemuka seorang gadis bernama Go Eun Gang. Jalan cerita berkisarkan tentang remaja yang lahir pada awal 2000-an cuba untuk menyesuaikan kehidupan konservatif di kolej, bukan dengan kehendak dan caranya tersendiri.

May be an image of 1 person and indoor

Sejak menjadi juara Produce 101 Musim Kedua, kemudiannya bergiat aktif sebagai ahli Wanna One dan kini selesa bergerak solo, Kang Daniel acapkali menerima berbagai-bagai tawaran lakonan di dalam drama, namun dilaporkan beliau telah terlebih dahulu menolaknya sebelum didedahkan oleh pihak media.

Kang Daniel dijangka akan mengeluarkan album solo keempat selepas (Color On Me, Magenta dan Cyan) menjelang Februari 2021 depan.

Sumber: IS Plus

loading...