[Edited] Februari ini siarkan 10 drama Korea terbaru untuk tontonan anda

Annyeong, chinguyaa~~ Sedar tak sedar, February is coming! Kita masih lagi dalam proses melawan Pandemik Covid-19. Jadi, tak perlulah keluar rumah kalau tiada kepentingan. Why not isi masa lapang korang dengan tonton drama Korea. Penulis tahu, banyak lagi drama yang tak tertengok kan.

Well, seperti biasa, ini dia 11 buah drama Korea terbaru yang akan memulakan siarannya pada Februari 2021. Hebat-hebat drama kalini. Masakan tidak, kalini ada drama oppa Kim Rae Won. Song Joong Ki, Lee Seung Gi, Yeo Jin Goo dan ada Park Shin Hye juga. Weee~~ So, let’s check it out the list.

1. LUCA: The Beginning (tvN)

tvN “LUCA” adalah sebuah drama bertemakan ‘thriller’, misteri dan sci-fi  dan berdasarkan karya Charles Darwin iaitu “Origin of Species”. “LUCA” mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Ji Oh (Kim Rae Won) yang dikejar kerana kebolehan istimewa, dan seorang detektif jenayah ganas bernama Gu Reum (Lee Da Hee), satu-satunya yang mengingatinya. Dengan pasukan produksi yang berpengalaman dan setelah dua pelakon hebat ini menyertai drama tersebut, kini penonton jadi teruja untuk melihatkan apakah genre drama ini serta apakah keistimewaan yang akan ditampilkan.

“LUCA” akan diarahkan oleh PD Kim Hong Sun, tenaga kerja kreatif disebalik “Voice” dan “The Guest,” dan skripnya dinukil oleh Chun Sung Il, penulis yang telah menghasilkan skrip filem seperti “The Pirates” dan “My Girlfriend is an Agent.” Dengan kombinasi dua insan hebat ini, peminat drama boleh meletakkan harapan yang tinggi terhadap kualiti jalan penceritaan dan produksinya.

“LUCA” adalah drama pertama Kim Rae Won dalam tempoh dua tahun.  Kim Rae Won akan membawakan watak Ji Oh, seorang yang pendiam yang didorong ke dunia tanpa sebarang petunjuk tentang siapa dia sebenarnya. Ji Oh juga memiliki ‘kuasa’ berlainan dan ‘rahsia’ berbanding orang biasa. Disebabkan itu, Ji Oh perlu berjuang untuk mengetahui jawapan di atas segala persoalan tentang kewujudannya.

Kim Rae Won menyatakan kesungguhannya untuk menyertai drama ini, dengan mengatakan, “Saya teruja kerana sudah lama saya tidak terlibat dalam pengambaran. Sinopsisnya sangat menarik, dan bekerjasama dengan pengarah serta penulis terkenal sangat mengujakan. Penulisan kreatif penulis yang digabungkan dengan sentuhan halus pengarah, saya rasa, akan menghasilkan karya yang sangat hebat, dan saya tidak sabar untuk melihatkan hasilnya. Saya harap penonton juga turut teruja dengan drama ini. “

Manakala Lee Da Hee yang terkenal dengan daya tarikan yang tersendiri akan berubah menjadi detektif Gu Reum yang berdedikasi. Gu Reum telah dipindahkan ke Unit Siasatan Jenayah Utama ketika menyiasat kes rasuah seorang pegawai atasan. Gu Reum seorang yang cepat bertindak sebelum berfikir dan akan terus mara ke hadapan setelah keputusan dibuat. Hidupnya bertukar jadi huru hara selepas bertemu dengan Ji Oh ketika menguruskan kes berkaitan kehilangan anak.

Turut membintangi drama ini adalah Kim Sung Oh, Kim Sang Ho, Park Hyuk Kwon, Ahn Nae Sang, Jin Kyung, Jung Da Eun, Kim Min Gwi, dan Lee Joong Ok. “L.U.C.A : The Beginning” akan mula bersiaran pada 1 Februari depan bagi mengisi slot drama tvN Isnin dan Selasa. “L.U.C.A” juga boleh ditonton menerusi IQIYI bagi mereka yang menjadi pelanggan VIP medium tersebut. Drama ini akan bersiaran pada Setiap Selasa dan Rabu, jam 12.00 tengah hari.

2. River Where The Moon Rises (KBS)

“River Where the Moon Rises” berkisarkan tentang kisah tragis percintaan di antara Puteri Pyeonggang (Yeom Ga Jin) dengan seorang pahlawan bernama On Dal. Pyeonggang ialah seorang yang sangat bercita-cita tinggi untuk menjadi maharani pertama yang memerintah Goguryeo, namun emosinya membuak-buak apabila menemui On Dal. Manakala, On Dal pula digambarkan sebagai seorang pahlawan yang akhirnya berjaya mengahwini Pyeonggang, menjadi antara jeneral terbilang di zaman dinasti Goguryeo itu. Cerita percintaan mereka pernah direkodkan di dalam Hikayat Samguk Sagi. Kim So Hyun akan membawa watak Pyeonggang manakala Ji Soo pula akan membawa watak On Dal.

Ironinya, Kang Ha Neul bersetuju untuk tampil sebagai watak pembantu, yakni ayahanda kepada Pyeonggang yang penting di awal perkembangan cerita. Kang Ha Neul dan Ji Soo pernah bergandingan sama sebagai putera adik-beradik di dalam SBS Scarlet Heart Ryeo sebelum ini.

Lee Ji Hoon pula akan memegang watak Jeneral kelas elit, Gogun yang akan berbuat apa saja demi kekuasaannya manakala Choi Yu Hwa pula sebagai Hae Mo Yong, seorang begitu berhati-hati di dalam sebarang tindakan dan berpandangan jauh. Hae Mo Yong dan Gogun saling mencintai antara satu sama lain.

“River Where the Moon Rises” akan mula ditayangkan pada 15 Februari  depan dirangkaian KBS bagi mengisi slot drama Isnin-Selasa.

3. Hello, Me! (KBS) / (Netflix)

“Hello, Me! ” adalah sebuah drama fantasi komedi romantis mengenai seorang wanita berusia 37 tahun bernama Ban Ha Ni (Choi Kang Hee), yang kecewa dengan semua aspek kehidupannya, termasuk bertemujanji, pekerjaan, dan impiannya. Suatu hari, dia dikunjungi oleh dirinya yang berusia 17 tahun (Lee Re), yang penuh bersemangat dan tidak gentar dengan apa pun.

Ha Ni (17 tahun) kemudian menghibur dan memberikan semangat kepada Ha Ni (37 tahun) untuk tetap semangat dan berjuang mengharungi kehidupan, pekerjaan yang penuh cabaran, serta yakin untuk bertemujanji. Dia juga turut berikan semangat agar Ha Ni (37 tahun) untuk terus y mengejar impiannya.

Kim Young Kwan membawakan watak Han Yoo Hyun, yang merupakan seorang chaebol generasi kedua. Dia  merupakan anak dari Han Ji Man (lakonan Yoon Joo Sang), pengerusi Joah Confectionery.

Han Yoo Hyun juga memiliki sepupu bernama Yang Do Yoon (lakonan Ji Seung Hyun), yang juga bertanggung jawab atas urusan di Joah Confectionary dan merupakan pesaingnya untuk menjadi pewaris syarikat.

Manakala, Kim Yong Rim pula sebagai Lee Hong Nyeon, nenek kepada Ban Ha Ni yang sangat penyayang namun menderita demensia. Kim Yoo Mi akan membawakan watak Oh Ji Eun, yang memiliki cerita masa lalu dengan Ban Ha Ni, dan Eum Moon Suk sebagai Ahn So Ni.

“Hello, Me! ” akan bersiaran dirangkaian KBS mulai 17 Februari depan pada setiap Rabu dan Khamis. Drama ini juga boleh ditonton menerusi Netflix pada hari yang sama. Jangan lupa untuk saksikan saat-saat lucu dan romantis dengan Ban Ha Ni berinteraksi dengan Han Yoo Hyun yang free-spirited, kaya, dan tampan. Ini pasti akan menjadi pengalaman yang menggembirakan dan menghangatkan hati.

4.  Sisyphus: The Myth  (JTBC) / Netflix

“Sisyphus: The Myth” yang bertemakan sains fiksyen dan misteri dibintangi oleh Cho Seung Woo sebagai Han Tae Sool, seorang jurutera genius yang mula menggali kebenaran tentang makhluk yang tinggal di antara mereka dan menyembunyikan identiti sebenarnya. Gang Seo-hae (Park Shin-hye) memasuki situasi itu ketika dia berjuang untuk menyelamatkan nyawa Tae-sul kerana dia adalah kunci untuk menyelamatkan nasib dunia.

Han Tae Sool yang dilakonkan oleh Cho Seung Woo adalah pengasas bersama syarikat global Quantum and Time, dia juga seorang jurutera genius. Berkat usaha dan inovasinya, Quantum and Time menjadi perusahaan kelas dunia. Dia juga disebut sebagai pahlawan nasional dan keajaiban dalam dunia kejuruteraan Korea. Sungguhpun begitu, perkara berbeza berlaku dalam kehidupan sebenar. Setelah kematian mendadak abangnya 10 tahun yang lalu, tingkah laku anehnya menjadikan pasaran saham syarikat itu berubah-ubah. Kemudian pada suatu hari, dia mendapat kebenaran yang tidak dapat disangkal tentang kematian abangnya, sehingga membuatkan Han Tae Sool memulakan perjalanan yang berbahaya.

Park Shin Hye pula membawakan watak Kang Seo Hae yang sangat mahir menggunakan tali untuk perjalanan di antara bangunan-bangunan tinggi di Seoul, menangkap lelaki besar dengan dia tangan kosong, dan mempunyai ketepatan tinggi ketika menembak. Dia menguasai kemahiran yang diperlukan untuk bertahan dalam dunia yang ditakluki oleh samseng dan panglima perang. Namun begitu, dia juga agak pelik kerana memakan pisang dengan kulitnya dan mengatakan udaranya segar pada hari-hari ketika tahap debu adalah yang paling buruk.

Turut membantu dalam drama ini adalah Sung Dong Il, Tae In Ho, Chae Jong Hyeop, Jung Ha Joon, Lee Jae Won dan ramai lagi. “Sisyphus: The Myth” diarahkan oleh PD Jin Hyuk, yang sebelum ini dikenali hasil kerjanya menerusi drama  “Shining Inheritance,” “City Hunter,” “Doctor Stranger,” “The Legend of the Blue Sea,” dan beberapa lagi.

“Sisyphus: The Myth” akan bersiaran di JTBC dan boleh juga ditonton menerusi Netflix mulai 17 Februari depan pada setiap Rabu dan Khamis. Anda boleh mengharapkan kisah epik dengan pelbagai aksi mendebarkan kerana mereka bertempur dengan musuh misteri dan berusaha menyelamatkan dunia.

5. Penthouse Season 2 (SBS)

The Penthouse” terletak di sebuah apartment mewah 100 tingkat dan ianya fokus pada kehidupan tiga wanita: “ratu” penthouse Shim Soo Ryun (Lee Ji Ah), “prima donna” Chun Seo Jin (Kim So Yeon) yang tidak akan berhenti untuk mendapatkan apa yang dia mahukan, dan Oh Yoon Hee (Eugene) yang akan melakukan apa sahaja untuk memasuki dunia kelas atasan.

Media melaporkan untuk musim kedua ini hubungan setiap karakter akan berubah berbanding musim kedua. Dengan tersiarkan teaser video musim kedua yang tertulis ‘Pembalasan belum lagi bermula’ menjadikan ianya menarik perhatian para penonton yang mengikuti drama ini dari mula. Pastinya musim terbaru ini akan lebih menarik dan penuh drama. Musim kedua ini akan diramaikan dengan kehadiran Jun Jin Shinhwa bersama isterinya, Ryu Yi-seo, dan suami kepada Kim So Yeon iaitu Lee Sang Woo sebagai cameo.

“The Penthouse 2” akan mula bersiaran di ONE TV Astro Ch 393 mulai 20 Februari depan pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 9.45 malam dan juga boleh tonton di Astro Go.

6. Monster/Beyond Evil (JTBC)

“Beyond Evil” adalah drama bertemakan thriller psikologi yang dibintangi oleh Shin Ha Kyun dan Yeo Jin Goo yang membawakan watak dua lelaki yang sanggup melanggar peraturan dan undang-undang untuk mengejar pembunuh berantai. Drama ini mengajukan pertanyaan, “Siapa raksasa itu? Adakah anda? Adakah saya? Adakah kami? “

Shin Ha Kyun memainkan  watak Lee Dong Shik, bekas detektif di bahagian jenayah kekerasan yang telah diturunkan pangkat kepada sarjan di sebuah balai polis tempatan di Manyang dan melakukan semua pekerjaan yang membosankan ditempat barunya itu. Hidupnya damai dan tenang di sana. Namun hidupnya berubah apabila kes pembunuhan berantai yang berlaku 20 tahun lalu kembali lagi.

Yeo Jin Goo berperanan sebagai Han Joo Won, seorang detektif polis elitberpenampilan menarik, berbakat besar dan mempunyai seorang ayah yang hebat yang bakal menjadi Ketua Polis Negara yang seterusnya. Han Joo Won turun ke balai polis setempat di Manyang dan bekerjasama dengan Lee Dong Shik, tetapi dalam diam dia menyembunyikan rahsia yang tidak diketahui oleh siapa pun.

Disebabkan kes pembunuhan berantai mirip dengan kes yang sama 20 tahun dahulu, kembali menggegar kota kecil itu, dan turut mengubah hidup Lee Dong Sik, kedua detektif tersebut bekerjasama untuk menangkap si pembunuh. Turut membantu dalam drama ini adalah Choi Dae Hoon, Chun Ho Jin , Choi Jin Ho, Son Sang Gyu, Baek Sung Kwang, Nam Yoon Soo dan ramai lagi.

Sumber dari drama tersebut menyatakan, “Beyond Evil” adalah sebuah thriller psikologi yang mengejar pelbagai aspek watak manusia. Sinergi pelakon adalah kunci utama untuk menunjukkan perubahan halus yang dilalui manusia. ” Drama ini Boleh di tonton menerusi  K-Plus pada Setiap Sabtu dan Ahad jam 9.15 malam.” Beyond Evil” di K-Plus akan bersiaran dalam tempoh 24 jam tayangannya di Korea.

7. Times (OCN)

OCN “Times” bertemakan misteri politik dan lintas waktu (time travel). “Times” mengisahkan tentang dua wartawan yang tinggal di tahun yang berbeza. Lee Seo Jin memegang watak Lee Jin Woo, seorang wartawan dan CEO dari media Times yang tinggal di tahun 2015. Sementara itu, Lee Joo Young sebagai Seo Jung In, seorang wartawan yang penuh semangat yang tinggal ditahun 2020.

Biarpun keduanya tinggal di tahun yang berbeza, Lee Jin Woo dan Lee Jung In tiba-tiba terhubung melalui panggilan telefon. Melalui komunikasi lintas waktu ini, keduanya berusaha untuk mencegah kematian Presiden Seo Ki Tae, yang juga merupakan ayah Lee Jung In.

Lee Jin Woo adalah seorang wartawan yang sangat telus, beretika dan tegas dalam kerjayanya. Dia berani melaporkan sisi negatif pihak berkuasa malah melontarkan kata-kata kritikan pedas kepada golongan atasan yang terlibat dalam sebarang masalah. Lee Jin Woo seringkali mendedahkan kebenaran sesuatu perkara biarpun mendapat rintangan dari pelbagai pihak.

Lee Joo Young pula akan menjadi wartawan yang penuh bersemangat yang hidup pada tahun 2020. Dia mengikuti jejak ayah, kini seorang presiden presidennya yang bermula sebagai wartawan. Kehidupan normalnya jadi kucar kacir setelah ayahnya meninggal dan dia dapat berkomunikasi dengan Lee Jin Woo dari masa lalu melalui panggilan. Walaupun ada peristiwa mengejutkan terjadi dalam hidupnya, dia bertekad untuk merungkai kebenaran disebalik kematian ayahnya.

Presiden Seo Gi Tae yang memegang kunci kebenaran dimainkan oleh Kim Young Chul. Seo Gi Tae pernah menjadi wartawan yang penuh beretika dan telus sehinggakan telah merasai pengalaman dimana kebenaran ditutupi dan adanya permainan kekuasaan. Ia termotivasi hingga menjadi Presiden.

Sementara Moon Jung Hee berperan sebagai Kim Young Joo, ahli majlis dewan rakyat. Memiliki masa kecil yang menyedihkan, Moon Jung Hww berjuang melawan kekejaman dunia. Berani menghadapi ancaman, dia membantu Presiden Seo mencapai impiannya sekaligus menjadi penasihatnya.

“Times” akan bersiaran menerusi aplikasi dan secara atas talian di IQIYI bagi mereka yang menjadi pelanggan di medium tersebut mulai 21 Februari. Drama ini akan mengambil slot Ahad dan Isnin pada Setiap jam 12 tengah hari dan ia ditayangkan dalam tempoh 24 jam selepas tayangan di Korea.

8. Vincenzo  (tvN) / Netflix

tvN “Vincenzo” mengisahkan tentang seorang peguam bernama Park Joo Hyung yang bekerja untuk kelompok mafia Itali, Vincenzo Cassano. Dia kemudian meninggalkan Itali dan kembali ke Korea Selatan kerana masalah dalaman organisasi tersebut. Dalam pada itu, dia bertemu dengan seorang peguam yang berlidah tajam, Hong Cha Yeong. Keduanya bergabung untuk menumpaskam para mafia di Korea Selatan.

Song Joong Ki akan membawakan watak peguam bernama Park Joo Hyung yang bertindak sebagai tuan penasihat buat penjenayah mafia Itali, Vincenzo Cassano. Beliau dibesarkan oleh keluarga yang tinggal di Itali sejak kecil lagi. Manakala, Ok Taecyeon pula akan membawa watak peguam muda bernama Jang Jun Woo, anak kepada keluarga berpendapatan rendah. Beliau seorang yang sangat baik, ikhlas tetapi cuma selalu melakukan kesilapan yang berpanjangan.

Drama ini akan memulakan rentaknya apabila Park Joo Hyung kembali ke Korea dan menemui peguam ternama, Hong Cha Young yang bakal dilakonkan oleh Jeon Yeo Bin. Park Joo Hyung mahu menegakkan keadilan meskipun dengan cara yang jahat sekalipun.

Yoo Jae Myung berperanan sebagai Hong Yoo Chan, ayah Hong Cha Young, yang juga seorang peguam. Firma guamannya, Straws, memberi kekuatan kepada mereka yang memerlukannya, seperti penyewa Geumga Plaza. Yoon Byung Hee pula sebagai Nam Joo Sung, seorang pengurus di firma guaman Hong Yoo Chan dan juga merupakan orang kanannya. Kim Yeo Jin memegang watak Choi Myung Hee, seorang peguam yang merupakan bekas pendakwaraya. Dia diibaratkan musuh dalam selimut yang akan melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya. Penampilan yang santai berjaya menyembunyikan perancangan jahatnya.

Kwak Dong Yeon memegang watak Jang Han Seo, presiden Babel Group, seorang yang gila-gila dan tidak mempunyai hati nurani. Dia adalah penjahat yang taksub untuk menang dan menggunakan kezaliman serta penyalahgunaan kuasa untuk mendapatkan apa yang dia mahukan, menjadikannya sasaran untuk Vincenzo Cassano. Jo Han Chul pula sebagai Han Seung Hyuk, seorang peguam di firma undang-undang terkemuka Korea dan orang yang bertanggungjawab membersihkannya setelah Babel Group melakukan kekacauan.

“Vincenzo” akan bersiaran di tvN mulai 20 Februari depan serentak dengan tayangannya di Netflix pada setiap Sabtu dan Ahad.

9. Miss Monte Cristo (KBS)

“Miss Monte Cristo” yang membawakan genre balas dendam adalah drama yang merujuk kepada novel klasik Perancis “The Count of Monte Cristo.” Drama ini mengisahkan seorang wanita yang hidupnyahancur oleh rakan-rakan yang sangat dia percayai.  Setelah memutuskan untuk membalas dendam terhadap mereka yang mengkhianatinya, dia kembali untuk menuntut kembali kehidupan yang diragut darinya dengan cara balas dendam.

Lee So Yeon akan memegang watak sebagai Gong Eun Jo, seorang wanita yang bernasib tragis Gong Eun Jo. Gong Eun Jo merupakan bakal pereka fesyen yang  bercita-cita  membuat pakaian yang menyenangkan seperti mendiang ayahnya. Saat kejayaan mula diukir dalam hidup, percintaan dan kerjaya, dia akhirnya kehilangan segalanya dalam sekelip mata apabila dikhianati oleh rakan-rakannya.

Sementara itu, Choi Yeo Jin akan membawakan watak Oh Ha Ra, seorang pewaris chaebol dan sosialis yang sombong serta menjadi pesaing Gong Eun Jo. Dalam kesombongannya itu, Choi Ye Jin merasa rendah diri kerana menjadi anak perempuan simpanan. Selain itu, dia dikenali sebagai pembuat onar dalam lingkungan sosialnya.

Walaupun Gong Eun Jo yang baik hati adalah satu-satunya rakan Oh Ha Ra yang cukup dipercayai ketika dilanda masalah, namun persahabatan mereka akhirnya terputus ketika mereka terjerat dalam cinta segitiga dengan lelaki yang sama.

“Miss Monte Cristo” boleh ditonton di KBS World TV Astro Ch 391, Ch 392 HD  dan Astro Go mulai 22 Februari setiap Isnin- Jumaat, jam 8.30 malam.

10. Mouse (tvN)

tvN “Mouse” merupakan sebuah drama berkisarkan tentang kegilaan seorang bergelar psikopat. Drama bertemakan misteri dan thriller ini turut menceritakan tentang di mana manusia dapat mengenali psikopat melalui ujian DNA dari rahim ibu. “Mouse” turut mengutarakan pertanyaan, “Adakah anda akan melahirkan anak setelah mengetahui bahawa mereka adalah seorang psikopat?”

Jung Ba Reum (lakonan Lee Seung Gi) adalah seorang detektif junior dan dikenali dengan sifatnya yang jujur. Dia berusaha untuk mencari keadilan hingga suatu ketika Jung Ba Reum berhadapan dengan seorang psikopat pembunuh bersiri di mana tindakan pembunuhan kejamnya telah membuat seluruh masyarakat menjadi penuh kekacauan. Hasil pengalaman tersebut membuatkan kehidupan Jung Ba Reum mulai berubah secara keseluruhan.

Lee Hee Joon memegang watak Go Moo Chi, seorang detektif yang keras hati di mana yang ibu bapanya dibunuh ketika dia masih muda. Dia bersedia untuk menggunakan sebarang kaedah biarpun melanggar undang-undang bagi membalas dendam atas kematian mereka. Atas sebab dendam ini jugalah, Go Moo Chi memutuskan untuk menjadi seorang detektif. Kemudian, Lee Hee Joon dan Jung Ba Reum akan bersama-sama menjejak pemangsa jahat yang digambarkan sebagai Bersama-sama, lelaki-lelaki ini berada di jejak pemangsa jahat yang digambarkan sebagai “Top 1 peratus” psikopat.

Park Ju Hyun akan membawakan dengan pelajar sekolah menengah yang bermasalah Oh Bong Yi yang  tinggal bersama neneknya. Biarpun kecil badannya, Oh Bong Yi mempunyai bakat dan hebat beraksi dalam semua jenis sukan termasuk seni mempertahankan diri serta jiu-jitsu. Kyung Soo Jin pula sebagai pengarah produksi Choi Hong Joo yang telah menerima pelbagai anugerah diusia muda. Ketika kecil,  Choi Hong Joo digunakan sebagai umpan untuk menangkap pembunuh dan dia begitu berhati-hati dalam merahsiakan identitinya dengan rapi.

Ahn Jae Wook berperanan sebagai pakar bedah saraf Han Seo Joon yang terkenal dengan kemahirannya yang genius, pertuturan, dan adabnya. Isterinya Sung Ji Eun akan digambarkan oleh Kim Jung Nan yang secara emosinya meruntun perasaan penonton dan akan membantu menghubung-kaitkan dengan penceritaan drama ini. Manakala, P. O Block B akan memegang watak detektif Shin yang baru bertugas dan akan menyertai pasukan Goo Mo Chi.

“Mouse” dinukilkan oleh Choi Ran (OCN “Black”,SBS “God Gift 14 Days”) dan mendapat sentuhan pengarah Choi Joon Bee yang pernah mengarahkan drama MBC “Come and Hug Me”. Drama ini telah ditunda tayangannya pada Mac depan.

11. Dear. M (KBS)

Spin-off dari siri drama web hit “Love Playlist”, “Dear.M” adalah sebuah drama romantik yang akan menceritakan tentang kisah pencarian di seluruh kampus untuk “M”, seorang individu misteri yang disebut dalam catatan tanpa nama di komuniti dalam talian Universiti Seoyeon. Dalam pencarian “M”, drama ini akan mengikuti perkembangan hubungan dan percintaan di antara Ma Joo Ah, Cha Min Ho, Seo Ji Min , Park Ha Neul, Gil Mok Jin , dan Hwang Bo Young.

Ma Joo A (lakonan Park Hye Soo) adalah mahasiswi tahun ke-2 di jurusan pengurusan perniagaan. Dia seorang yang bermurah hati dan sentiasa ceria sehingga seringkali ambil tahu akan perihal orang lain . Dia tidak tertarik untuk mengejar impiannya atau memiliki hubungan romantis.

Cha Min Ho (lakonan Jung Jae Hyun) adalah mahasiswa tahun ke-2 Jurusan Pengkomputeran. Dia memiliki bakat besar untuk mengembangkan aplikasi komputer dengan idea-idea hebatnya. Walaupun dia telah mencipta aplikasi untuk temujanji, hubungan romantisnya tidak pernah melebihi sebulan. Cha Min Ho telah bersahabat dengan Ma Joo A selama 12 tahun.

Seo Ji Min (lakonan Noh Jung Ui) pula adalah seorang mahasiswi jurusan ekonomi. Dia merupakan ketua pasukan sorak. Ji Min mempunyai aura seorang ketua yang hebat dan disenangi ramai. Park Ha Neul (lakonan Bae Hyun Sung) adalah seorang mahasiswa jurusan pengurusan perniagaan tahun ke-3 dan merupakan duta bagi universitinya. Dia juga merupakan kekasih Seo Ji Min.

Lee Jin Hyuk, membawakan watak Gil Mok Jin, rakan sebilik Cha Min Ho dan Park Ha Neul. Manakala Woo Davi, sebagai Hwang Bo Young, dan keduanya akan menjadikan drama ini lebih menarik dengan menonjolkan keperibadian unik watak mereka.

“Dear.M” adalah nukilan penulis “Love Playlist” Lee Seul yang bergabung dengan Park Jin Woo, pengarah drama “To.Jenny”, dan Seo Joo Wan, pengarah “I Hate Going to Work” and “Love Revolution”. Kami berharap penonton memberikan sokongan dan cinta kepada semua watak yang terlibat, serta bagaimana mereka berkembang saat  persaingan yang sengit, dengan latar belakang sentimental ”. Drama ini  juga akan menggambarkan realiti kehidupan remaja masa kini dalam bertemujanji, bersosial di sekolah, dan bagaimana mereka akan menjalani hari-hari mereka.

“Dear.M” boleh di tonton menerusi IQIYI mulai 27 Februari jam 12.00 tengah hati. Drama ini akan bersiaran dalam tempoh 24 jam selepas tayangan di Korea.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys!  Apapun, please wearing your mask especially in the public, always wash your hand, using hand sanitizer regularly, apply social distancing and sila patuh kepada SOP yang ditetapkan. (Keep on repeating this to spread the awareness)

loading...