Berikut adalah pemenang-pemenang 2021 Seoul Music Awards termasuklah BTS, NCT, TWICE, IZONE, Seventeen, ATEEZ, Stray Kids, TXT & Kang Daniel

May be an image of 5 people

Seoul Music Awards sekali lagi mengangkat BTS sebagai pemenang daesang empat kali berturut-turut untuk Album of The Year, selain pemenang Best Album Award dan Best Song Award buat pertama kali yang berlangsung di Jamsil Gymnastics Stadium, Seoul pada 31 Jan 2021 sebentar tadi. Secara keseluruhannya, BTS menyapu enam anugerah di dalam Seoul Music Awards ke-30 ini.

BTS turut menggondol anugerah Daesang buat 4 kali berturut-turut sejak tahun 2018, menyamai rekod yang kini disandang oleh EXO di Seoul Music Awards, berkata, “Disebabkan kami menerima anugerah berharga ini, kami dapat bangkit melawan lagi tahun ini. Semuanya kerana ARMY. Tapi sedihnya, kami tak dapat bersama dengan mereka kerana Covid-19 dan berharap kita dapat disatukan semula. Selamat tahun baru.”

Dalam ucapan mereka sebagai penerima Best Song Award pula menerusi lagu Dynamite, BTS berkata, “Kami sangat menghargai anugerah penuh bernilai ini dan terima kasih pada mereka yang suka mendengarnya. Kadangkala, kami rasa perlu untuk menenangkan hati ini, maka atas sebab itulah kami terasa bertuah menerima anugerah dan akan bekerja kuat lagi di masa akan datang.”

Manakala untuk ucapan Best Album Award pula, BTS berkata “Ini anugerah yang sangat ternilai. Betul-betul rasa gembira bila terdengar khabar mengenainya. Kami akan bekerja kuat lagi untuk memberikan album yang terbaik untuk kalian,” kata BTS mengakhiri ucapannya ditujukan khas buat ARMY.

Sebagai satu-satunya penyanyi solo yang memenangi anugerah Bonsang, Kang Daniel begitu teruja sambil berkata, “Jika lihat balik, saya sangat kepenatan sepanjang tahun lalu. Tahun ini, saya bersedia untuk kembali semula dengan minda lebih berharga.”

TWICE dan Seventeen yang masing-masing menjadi penerima Bonsang untuk lima tahun berturut-turut juga melahirkan rasa gembira mereka menerima anugerah tersebut sekali lagi. “Terima kasih kerana bagi kami lagi Bongsang untuk lima tahun. Kami akan tunjukan imej baik lagi pada tahun 2021,” kata TWICE.
Manakala, IZONE, ATEEZ dan Stray Kids menjadi pemenang bonsang buat pertama kali di majlis anugerah itu turut berterima kasih pada peminat mereka. “Anugerah ini sangat istimewa kerana anugerah ini merupakan yang pertama buat kami. Kami akan sentiasa meneruskan muzik kami dan membuat persembahan lagi di masa akan datang. Inilah anugerah pertama kami terima sejak debut, anugerah yang kami idam-idamkan daripada seorang pendatang baru,” kata Stray Kids.

Berikut adalah pemenang-pemenang Seoul Music Awards ke-30:

Grand Award (Daesang) : BTS

Main Award (Bonsang):

    • ATEEZ
    • BTS
    • Iz*One
    • Kang Daniel
    • Monsta X
    • NCT 127
    • NU’EST
    • Oh My Girl
    • Seventeen
    • Stray Kids
    • Twice
    • TXT

Best Song Award: Dynamite
Best Album Award: Map of The Soul 7

Rookie of the Year:

  • Aespa
  • Enhypen
  • Treasure

Best Performance:

  • (G)I-DLE
  • The Boyz

Popularity Awards:

Best Performance:

  • (G)I-DLE

WhosFandom Award • BTS

Fan PD Artist Award • Kang Daniel

Discovery of the Year • ITZY

R&B Hiphop Award • Jessi

OST Award • Aloha (Jo Jung Suk)

Ballad Award • Sandeul

Band Award •Leenalchi

Trot Award • Lim Young Woong

K-Wave Popularity Award • BTS

Sumber: xsportnews, mk star, yna

loading...