Dilaporkan sebelum ini bahawa Kim Soo Hyun telah menolak tawaran membintangi Netflix Fingers bagi membolehkan dirinya memfokuskan kepada drama terbaru arahan PD Lee Myung Woo (“SBS Punch”,”SBS The Fiery Priest”,”SBS Backstreet Rookie”) berjudul “That Night”.
“That Night” yang diadaptasikan daripada drama popular terbitan BBC, “Criminal Justice”, berkisarkan tentang dua orang lelaki yang terbabit di dalam satu kes pembunuhan. Kim Soo Hyun akan membawakan watak Kim Hyun Soo, pelajar sekolah yang hidupnya punah akibat dituduh menjadi suspek kes pembunuhan tersebut manakala Cha Seung Won pula akan membawakan watak Shin Joong Han, peguam yang berhempas-pulas memastikan hak anak guamnya, Kim Hyun Soo terbela.
“That Night” yang belum mendapat cenel tayangannya lagi ini bakal mendapat Kwon Sung Gyu (“SBS Jackpot”,”MBC Warrior Baek Dong Soo”) sebagai penulis skripnya. Ia bakal menjalani penggambaran pada pertengahan tahun ini untuk tayangan pada akhir tahun 2021 ini.
Sumber: yna