Jadi cikgu ‘homeroom’ dengan niat nak balas dendam, Song Hye Kyo bakal bintangi drama terbaru daripada penulis skrip “Descendants of The Sun”,”Goblin”

Image may contain: 1 person

Song Hye Kyo bakal menerajui drama terbaru daripada penulis skrip “KBS Descendants of The Sun”,”tvN Mr. Sunshine”,”tvN Goblin”,”SBS Lovers In Paris”,”SBS Secret Garden”, “SBS Heirs” dan “SBS The King: Eternal of Monarch” berjudul “Glory”.

Ia bakal menyaksikan gandingan pertama Song Hye Kyo dengan penulis skrip tersohor itu sejak drama KBS Descendants of The Sun yang berlangsung pada lima tahun lalu. Drama KBS Descendants of The Sun telah mencetuskan hallyu secara besar-besaran di seluruh Asia dengan hubungan kimia ditunjukkan oleh pasangannya, iaitu Song Hye Kyo dan Song Joong Ki sehingga membawa mereka menjejak ke alam perkahwinan kemudiannya. Bagaimanapun, mereka telah secara rasmi bercerai pada pertengahan tahun 2019.

“Glory” ialah sebuah drama melodramatik berkisarkan seorang pelajar yang tertindas impiannya untuk menjadi artikek gara-gara terbabit di dalam kejadian buli di sekolah menengah tinggi yang mendorongnya untuk berhenti sekolah. Beberapa tahun selepas itu, pelaku sebenar kejadian buli itu sudah pun berkahwin dan mempunyai anak kecil dengan “pelajar” itu kemudiannya bertugas menjadi cikgu “homeroom”-nya. Selain daripada anak pelaku sebenar itu, anak-anak kawan-kawannya terbabit sama dalam kejadian buli terdahulu, juga berada di sekolah berkenaan. Maka, bermulanya kisah balas dendam terhadap anak-anak pelaku tersebut.

“Glory” bakal menjadi drama pertama bukan bertemakan romantik dinukilkan oleh Kim Eun Sook sejak berkecimpung di dalam alam penulisan skrip pada tahun 2003 dengan “South of The Sun” sebagai drama pertama tulisannya. Ia dicadangkan untuk dihasilkan dalam beberapa musim dengan lapan episod bakal ditayangkan untuk musim pertama. Drama ini bakal diarahkan oleh Ahn Gil Ho (“tvN Secret Forest 1”, “tvN Memories of the Alhambra”, “OCN Watcher”, “tvN Record of Youth”) dan bakal menemui penonton selewat-lewatnya pada pertengahan awal tahun 2022.

Sumber: Dispatch

loading...