Song Hye Kyo bakal terajui drama terbaru daripada penulis skrip “Descendants of The Sun”,”Goblin”

Image may contain: 1 person

Song Hye Kyo bakal menerajui drama terbaru daripada penulis skrip Kim Eun Sook yang terkenal dengan nukilan-nukilan seperti SBS Secret Garden, SBS Heirs, KBS Descendants of The Sun, tvN Goblin, tvN Mr. Sunshine dan SBS The King: Eternal Monarch.

Ia bakal menyaksikan gandingan pertama Song Hye Kyo dengan penulis skrip tersohor itu sejak drama KBS Descendants of The Sun yang berlangsung pada lima tahun lalu. Drama KBS Descendants of The Sun telah mencetuskan hallyu secara besar-besaran di seluruh Asia dengan hubungan kimia ditunjukkan oleh pasangannya, iaitu Song Hye Kyo dan Song Joong Ki sehingga membawa mereka menjejak ke alam perkahwinan kemudiannya. Bagaimanapun, mereka telah secara rasmi bercerai pada pertengahan tahun 2019.

Di sebalik pendedahan aktress itu yang sudi membintangi drama nukilan Kim Eun Sook, tiada maklumat tentang sinopsis cerita dan watak apakah bakal dipegang olehnya. “Ya betul Song Hye Kyo bakal muncul di dalam drama nukilan Kim Eun Sook dan Ahn Gil Ho, tetapi kami tiada makluman tentang jadual penggambaran, malah kandungan drama ini setakat ini,” kata jurucakap agensi Song Hye Kyo, H&M.

Drama ini bakal diarahkan oleh Ahn Gil Ho (“tvN Secret Forest 1”, “tvN Memories of the Alhambra”, “OCN Watcher”, “tvN Record of Youth”) dan bakal menemui penonton pada pertengahan awal tahun 2022.

Sumber: hankookilbo

loading...