Tayang badan kurus sambil pekena rokok sebatang, E’dawn dipuji Hyuna kerana tampak kacak bergaya

Image may contain: 1 person

Sejak bukan lagi ahli Pentagon, E’dawn (atau nama sebenarnya Kim Hyo Jong, 26 tahun) semakin aktif mempamerkan tubuh-tubuhnya seksi untuk dambaan peminatnya.

Perbuatannya itu dilakukan secara bersilih-ganti dengan kekasihnya, Hyuna (28 tahun) dalam beberapa siri foto dikongsikan sejak mereka menjalinkan hubungan cinta pada Ogos 2018.

Baru-baru ini, E’dawn berkongsikan gambar-gambarnya tak berbaju di dalam bilik air sambil mengenakan sebatang rokok. Netizen terpaku dengan bayangan asap rokok yang terhasil akibat kesan cahaya di persekitaran bilik air itu, namun sebilangannya mengkritik kewajarannya menghisap rokok tanpa berbaju.

Hyuna turut meletakkan tanda suka pada gambar itu sambil berkata di dalam instagramnya, “Sayang nampak segak bila bergambar.”

Sumber: mydaily

loading...