5 Sebab Kenapa Mesti Tonton drama Netflix A Love So Beautiful lakonan Kim Yo Han, So Ju Yeon & Yeo Hoi Hyeon

Image may contain: 3 people

Sudah semestinya drama terbaru daripada Netflix ini, A Love So Beautiful sangat dinanti-nantikan oleh peminat kdrama berikutan ia merupakan adaptasi drama keluaran tanah besar China dengan judul sama yang popular tidak lama dulu, lagi-lagi ia menampilkan Kim Yo Han, bekas ahli X1 yang kini aktif bersama Wei sebagai lakonan ‘debut’nya buat pertama kali.

‘A Love So Beautiful’ ialah sebuah drama romantik China yang agak popular dan pernah disiarkan menerusi Tencent Video, berkisarkan tentang cinta terjalin antara dua orang rakan sekelas yang pernah tinggal sejiran di rumah apartment sama sejak 19 tahun lalu. Kim Yo Han dikatakan akan memegang watak utama yang pernah diperuntukkan kepada pelakon Hu Yetian (Hu Yitian), yakni pelajar sekolah yang amat dikenali kerana ketampanannya selain pencapaian akademik yang sangat baik tetapi tidak banyak berkawan kerana masih lagi tidak boleh menerima hakikat kehilangan ayah ketika masih budak lagi manakala So Ju Yeon pula akan membawakan watak utama pernah diberikan kepada pelakon Shen Yue (Chen Xiaoxi), yakni seorang gadis yang agak ceria tetapi tidak minat belajar mungkin kerana malas.

Kim Yo Han memegang watak Cha Heon, pelajar sekolah menengah tinggi Chun Ji yang memiliki pakej ketampanan di samping kepandaian yang maksima, tetapi kelihatan kaget dalam mengekspresikan dirinya sendiri manakala So Ju Yeon pula memegang watak Shin Sol Il dalm versi Korea ini.

Berikut ialah lima sebab kenapa anda mesti tonton drama ini:

  1. Barisan bakat baru yang mengancam

Seperti sedia maklum, A Love So Beautiful merupakan lakonan debut Kim Yo-han,setelah menempa populariti menerusi rancangan realiti tv Produce X 101 menjadi penyanyi K-pop sepenuh masa melalui kumpulan X1 dan juga WEi. Pemilihan Kim Yo Han adalah datangnya daripada pengarahnya sendiri yang memuji kesediaan penyanyi itu berlakon buat pertama kali. “Kim Yo-han ini sangat pintar dan dia dapat menggambarkan watak Cha Heon dengan baik sekali.”

Kalau ramai sudah mengenali Kim Yo Han, So Ju Yeon dan Yeo Hoi-hyun memang sedia maklum adalah pelakon. So Ju Yeon pernah menampilkan diri di dalam drama SBS Dr. Romantic 2 dan juga membintangi drama Netflix Lovestruck di City manakala Yeo Hoi-hyun pula memulakan kerjaya debutnya pada tahun 2014 menerusi SBS Pinocchio dan mencetuskan kegilaan peminat gara-gara wajahnya yang comel.

2. Sinopsis perwatakan mungkin disukai oleh peminat kdrama

Drama ini dikatakan bermula pada tahun 2006 ketika mereka masih pelajar sekolah menengah. Shin Sol-i merupakan seorang yang sangat ceria namun begitu lantang dan terbuka tentang perasaannya terhadap Cha Heon. Menjelaskan maksud watak yang dibawanya, Joo-yeon berkongsi, “Sepupu kawan berkehendakkan saya lakukan juga watak ini kerana katanya saya begitu sesuai dengannya. Oleh sebab itu, kesungguhan perlu ditonjolkan bagi menunjukkan Shin Sol-i memendam perasaan kepada Cha Heon sejak sekian lama.”

Berbeza dengan Shin Sol-i mahupun dirinya sendiri, Cha Heon ialah seorang yang agak dingin dan suka menyendiri. Dakwa Kim Yo Han, personalitinya sedikit demi sedikit terserlah apabila Cha Heon menunjukkan perasaannya terhadap Shin Sol-i.

3. Sedikit berbeza berbanding drama adaptasi asal, A Love So Beautiful

Pengarahnya, Seo Min Jung mendedahkan dia ingin menumpukan perhatian tentang bagaimana watak-watak itu berkait antara satu sama lain dengan  memasukkan beberapa epilog yang akan menterjemahkan perasaan watak itu.

Terdapat barisan pelatih idol yang akan sentiasa menyanyi di dalam drama ini, maka akan kedengaran beberapa lagu yang pernah popular pada masa lalu. Seo Min Jung juga berkata, “Dae-sung (lakonan Yeo Hoi-hyun) seorang yang agak ‘cool’ dan memiliki hati yang baik di dalam versi asal. Ada sesuatu yang saya ingin hadiahkan sesuatu untuk wataknya di penghujung cerita. Mohon tonton sampai habis untuk tahu apa hadiahnya.”

4. Hubungan pelakon yang sudah sedia rapat

So Ju Yeon dan Yeo Hoi-hyun pernah dipertemukan sebelum ini menerusi drama I Hate Going to Work. Bagi memastikan kimia lakonan berhasil antara pelakon-pelakon, So Ju Yeon akan bercakap terlebih dahulu bagi menghidupkan suasana lima sekawan di antara mereka. Perubahan ini dapat dilihat sehingga mereka melangkah ke dewasa.

5. Kenangan cinta monyet sewaktu belum lagi meningkat dewasa

Yeo Hoi-hyun mendedahkan dia pernah mencintai seseorang suatu masa dahulu selama tiga tahun, namun cintanya tidak berbalas. Ia merupakan kenangan yang terpahat di dalam memorinya selama ini. Manakala, drama ini pula mengingatkan So Ju Yeon ketika dia meminati penyanyi kpop seperti Big Bang sewaktu di sekolah menengah. Sudah pasti ramai penonton drama juga mengalami pengalaman yang lebih kurang serupa suatu masa dahulu, dan moga drama ini menjadi penyembuhan buatnya.

” A Love So Beautiful ” boleh ditonton di Netflix setiap hari Isnin, Khamis dan Sabtu.

Artikel ini disediakan oleh Neflix dan diubahsuai oleh penulis.

loading...