Drama SBS “The Penthouse” akan kembali menemui penonton untuk dua musim lagi

Image may contain: 8 people, people dancing

Buat peminat drama SBS “Penthouse” yang penuh suspense, berita baik untuk anda kerana drama ini akan kembali untuk dua musim yang baru.

Terdahulu, Ilgan Sports melaporkan bahawa “The Penthouse” sudah selesai menjalani penggambaran musim pertama. Sepatutnya ianya mengandungi 20 episod sahaja, namun ia dipanjangkan menjadi 21 episod. Satu sumber berkongsi, “Musim kedua drama ini awalnya direncanakan berdurasi 20 episod, tetapi disebabkan ia dibahagikan menjadi dua musim, maka setiap musim mempunyai 12 episod. Tidak seperti sebelumnya, musim kedua dan ketiga ini akan disiarkan pada hari Jumaat dan Sabtu. “

Pada 28 Disember, sebuah sumber dari drama tersebut menyatakan, “Memang benar saat ini kami sedang jalani pengambaran untuk musim kedua. Kami merancang untuk menukar siaran kepada hari Jumaat dan Sabtu, tetapi tarikh tayangan perdananya masih lagi dalam perbincangan. “

The Penthouse” terletak di sebuah apartment mewah 100 tingkat dan ianya fokus pada kehidupan tiga wanita: “ratu” penthouse Shim Soo Ryun (Lee Ji Ah), “prima donna” Chun Seo Jin (Kim So Yeon) yang tidak akan berhenti untuk mendapatkan apa yang dia mahukan, dan Oh Yoon Hee (Eugene) yang akan melakukan apa sahaja untuk memasuki dunia kelas atasan.

Jadi, buat peminat drama ini, nantikan musim terbaru bagi mengetahui sambungan “The Penthouse”. Harap-harap, drama ini akan terus kekal ditayangkan disaluran ONE TV Asia Astro Ch 393.

Sumber : isplus | mksports

loading...