Baekhyun EXO kejutkan peminat dengan ‘comeback’ lagu terbaru, diinspirasikan daripada kisah di sebuah taman tema permainan

Image may contain: 1 person, closeup

Baekhyun EXO /Super M dijangka akan mengeluarkan lagu terbaru pada 21 Disember 2020 ini.

Single terbaru yang mungkin diberikan judul sebagai ‘Amusement Park’ itu dikatakan berdasarkan cetusan ideanya tersendiri, dan diinspirasikan daripada kisah daripada sebuah taman tema permainan. Tidak dapat dipastikan samada single tersebut bakal disertakan sekali dengan album solo seterusnya, yakni album ketiga.

Pada petang tadi, Baekhyun telah mendedahkan sedikit klu mengenai lagu terbarunya selepas menjawab pertanyaan peminat. Rata-rata peminat menjangkakan samada lagu R&B terbaru Baekhyun kali ini bakal bernada melodramatik seperti UN Village sebelum ini.

Bergelar ‘Idol Genius’ dalam kalangan artis-artis Kpop di Korea oleh GRAMMY kerana serba boleh di dalam pelbagai bidang, Baekhyun sudah pun mengeluarkan dua buah album solo berjudul ‘City Lights’ pada tahun 2019 dan ‘Delight’ pada tahun 2020. Album ‘Delight’ telah meletakkan Baekhyun dalam kalangan ‘Jutawan Tersohor’ setelah meraih jualan melebihi 1 juta unit untuk satu album, satu-satunya artis solo kpop yang berjaya berbuat demikian pada tahun 2020.

Sumber: SMTown

loading...