Matsuzaka Tori umum sudah menikahi Toda Erika dalam satu kenyataan mengejutkan

Image may contain: 2 people, selfie and closeup

Matsuzaka Tori (32 tahun) dan Toda Erika (32 tahun) membuat pengumuman bahawa mereka sudah pun berkahwin.

“Kepada semua, terima kasih kerana menyokong saya. Pengumuman ini dibuat secara tiba-tiba, tetapi saya sudah pun berkahwin dengan Toda Erika. Sejak saya debut lagi, saya telah disokong oleh ramai orang dan diberikan berbagai-bagai peluang. Saya berharap boleh melaksanakan tanggungjawab dengan lebih serius di masa depan. Sentiasalah sokong saya, ” kata Matsuzaka Tori dalam satu kenyataan.

Toda Erika juga menyambutnya dengan satu kenyataan ringkas, “Saya sudah pun berkahwin dengan Matsuzaka Tori. Tanpa melupakan segala perasaan gembira saya pada semua orang, saya akan berusaha lebih gigih lagi sebagai pelakon kerana itulah yang membuatkan saya gembira apabila kamu menontonnya. Saya mohon sokongan kalian.”

Toda Erika dikenali menerusi drama-drama lakonannya seperti Nobuta Wo Produce, Code Blue, dan Summer Nude dan filem seperti Death Note. Matsuzaka Tori dan Toda Erika pernah dipertemukan sebelum ini menerusi drama terbitan Fuji TV, Legal High. Mereka juga pernah berlakon bersama-sama sekali lagi di dalam filem April Fools pada tahun 2015.

Sumber: Tokyohive

loading...