Plan ‘comeback’ CIX terpaksa ditangguhkan susulan Bae Jinyoung didapati terseliuh

Image may contain: 1 person, closeup

CIX akan menangguhkan perancangan untuk ‘comeback’ berikutan seorang ahlinya, Bae Jinyoung didapati terseliuh di bahagian buku lalinya.

Atas nasihat daripada doktor yang merawatnya, Bae Jinyoung ditegah untuk melakukan sebarang pergerakan yang membebankan selama tiga minggu. Oleh yang demikian, album mini ketiga ‘HELLO Chapter 3. Hello, Strange Time’ yang sepatutnya dirancang pada 30 Jun ditunda ke tarikh yang tidak diketahui lagi menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh agensi mereka, C9 Entertainment.

Bae Jinyoung merupakan bekas ahli Wanna One yang kini bernaung di bawah kumpulan itu.

loading...