BTS secara rasmi diangkat sebagai Penghibur Terbaik Tahun 2020 oleh TIME

Image may contain: 7 people, people standing, text that says 'TIME ENTERTAINER OF THEYEAR BTS'

BTS secara rasmi dinamakan ‘Entertainer of the Year’ atau Penghibur Terbaik pada tahun 2020 oleh majalah terkemuka, TIME.

Memetik kenyataan editor TIME, “Daripada pengeluaran beberapa album sehingga memecahkan setiap rekod pada tahun 2020, bintang kugiran Korea ini telah mencapai ke puncak tertinggi. Di dalam era yang dipenuhi dengan penderitaan dan sinisme, BTS tetap kekal berpesan-pesan dengan kebaikan, menyeru supaya merapatkan perhubungan dan menerima diri-sendiri seadanya.” Penjelasan seterusnya boleh dibaca di sini.

Pengiktirafan sedemikian merupakan pencapaian tertinggi pernah dianugerahkan oleh majalah itu kepada BTS selepas menyenaraikannya di dalam kalangan 100 orang berpengaruh (‘Person of The Year’ )sebelum ini yakni pada tahun 2019 dan tahun 2020.

BTS akan membuat persembahan khas di NBC pada jam 11 pagi esok, 11 Disember 2020 dan juga IHeartRadio bertemakan Jinggle Bell sejam sebelumnya (boleh ditonton menerusi aplikasi IHeartRadio).

Sumber: TIME

loading...