Dalam keadaan nafsu masih lagi bergolak, perogol kejam Cho Doo Son akan menamatkan saki baki hukuman penjaranya tak lama lagi

Cho Doo Son (68 tahun) yang bakal menamatkan saki-baki hukuman penjaranya dalam tiga hari saja lagi, telah mengakibatkan kegelisahan buat netizen.

Ia berikutan pendedahan daripada bekas banduan yang pernah tinggal bersamanya yang mengatakan Cho Doo Son acapkali akan melakukan 1,000 kali senaman tekan tubi dan terus melancap setiap kali dihalakan dengan gelombang electromagnetik daripada CCTV dan TV. Laporan tersebut disiarkan oleh jtbc menerusi portal Money Today sewaktu wartawan berkunjung ke penjara yang pernah didiami oleh bekas pesalah seksual itu.

Dr. Shin Eui Jin, seorang pakar kesihatan kanak-kanak terkemuka, berpendapat nafsu seks Cho Doo Son kini sudah pun bergolak dan mungkin berbahaya jika ianya meletus mengenai mangsa seterusnya sebaik saja Cho Doo Son dibebaskan sepenuhnya.

Sehubungan dengan itu, netizen kemudiannya memuatnaik petisyen ke Blue House bagi menggesa Cho Doo Son tidak dibebaskan dengan segera dengan memetik laporan pesalah seksual itu masih belum bertaubat dan mungkin membahayakan kanak-kanak lain pula.

Cho Doo Son sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak perempuan pada tahun 2008 di bilik air sebuah gereja bertempat di Ansan sehingga mengakibatkan kecacatan separa kekal kepadanya. Kisah penderitaan dialami oleh mangsa rogol itu telah didokumentarikan di dalam filem Hope lakonan Uhm Ji Won, Sol Kyung Gyu dan Lee Re.

Sumber: ytn, money today

loading...