Melihat pencapaian rakyat Malaysia di mata dunia adalah sesuatu yang amat membanggakan lagi-lagi hasil usahanya secara tidak langsung telah membantu kumpulan kpop yang baru menggapai populariti dalam beberapa bulan saja ‘debut’.
Bersama dengan komposer Malaysia tersohor, Audi Mok, tysha tiar telah menggubahkan lagu ‘Tag Me’ yang menjadi single utama dendangan kumpulan kpop terbaru, Weeekly untuk album ‘debut’ mereka, ‘We Are’. Ikuti temubual Kmania berikut bersama tysha tiar.
1. Perkenalkan diri Tya kerana masih ramai lagi yang tidak mengenali siapakah Tya.
Boleh panggil Tysha je 🙂 Berasal dari Kuching, Sarawak dan telah menceburi bidang musik sejak kecil lagi. Bermula dari YouTube dari umur 15 tahun – umur 18 tahun, Tysha pindah KL untuk ‘study fashion design’ dan masa tu lah Tysha mula berkenalan dengen Audi Mok, daripada lagu pertama yang Tysha gubah dan pos dekat Youtube yang berjudul Hingga Akhir Waktu. Hingga hari ini, Tysha dah release tiga single; Fatamorgana, Sekian Cinta dan You Got Me. Sekarang ni lebih fokus dalam menggubah lagu untuk artis-artis Korea.
2. Bagaimana Tysha boleh berkerjasama dengan Audi Mok untuk mengubah lagu Tag Me?
Tysha memang dah lama kerap ke studio untuk tulis lagu dengan Audi Mok. Memang tak dijangka yg lagu kita tulis, dinyanyikan oleh penyanyi kpop. Lagu kpop pertama kitorang dinyanyikan oleh Yezi “Home”, dan sejak itulah kita mula dapat petunjuk daripada produser muzik dari korea untuk tuliskan lagu untuk artis kpop. Tak silap Tysha, tahun lepas kot dapat petunjuk tulis lagu untuk artis kpop baru tapi masa tu tak tahu lagi untuk Weeekly.
Sebenarnya peluang yang Tysha dapat sekarang ni memang Tysha berterima kasih pada Audi Mok. Sebab Audi Mok yang berkenalan dengan pemuzik-pemuzik dan komposer dari Korea; diorang berkenalan dari kem penulisan lagu dekat Seoul, Korea. Sejak tulah dia bekerjasama dengan komposer-komposer Korea and libatkan Tysha untuk buat lagu dengan dia jugak hehe
3. Boleh terangkan siapakah Yezi dan lagu Home tu single atau bagaimana? Dan tahun bila?
Yezi ialah artis solo juga daripada kumpulan pop Fiestar. Ye, single untuk Yezi yg di release awal tahun ni, bulan Mac.
4. Memang impian Tysha kah sejak sekian lama untuk menyaksikan lagu ciptaan sendiri dinyanyikan sendiri oleh artis kpop?
Lagu tu, Tysha memang tak tahu pun akan dinyanyikan oleh artis kpop. Tysha masa tu memang ingatkan lagu tu suka-suka saja tulis bersama Audi. Beberapa bulan selepas tu, Audi bagitau yang artis kpop nak lagu tu. Gembira sangat masa tu. Nangis kot, sebab bintang antarabangsa nak nyanyikan lagu yangg kitorang buat hahaha Sebab dari kecil lagi Tysha memang suka sangat perform, nyanyi, gubah lagu tapi tak pernah terfikir pun untuk buat lagu untuk artis kpop. Impian Tysha hanyalah untuk menjadi penyanyi and penulis lagu lokal. Impian untuk gubah lagu untuk artis luar negara macam….. susah sangat untuk dicapai. Tapi Tysha memang dari dulu lagi minat kpop and kdrama hehe
Paling teruja sekali bila dapat tahu diorang capai 12 juta tontonan dalam masa 3 hingga 4 hari saja and peminat diorang dari seluruh dunia tweet kat Tysha on Twitter, cakap terima kasih dan diorang sukakan lagu tu. Jadi yeah, sangat sangat gembira and rasa sangat…. telah tercapai semuanya! Usaha keras kami terbalas dan tysha bangga dengan pencapaian Weeekly jugak sebab diorang nyanyikan lagu tu and persembahan muzik video diorang juga menarik sangat; memang di luar jangkaan tysha. Harap-harap kita boleh buat lebih banyak lagi lagu untuk Weeekly 🙂
5. Di korea, OST untuk drama adalah sangat penting dan menjadi kekuatan untuk drama tersebut. Disebabkan Tysha pun minat dengan drama korea, ada cita2 tak nak gubah lagu OST?
Ya, objektif Tysha seterusnya memang nak buat lagu untuk OST kdrama, terutamanya lagu-lagu balad. Sekarang ni tengah mencari inspirasi memandangkan susah jugak nak buat lagu ballad ni sebab selalu sangat buat lagu ‘happy happy’ dan ‘upbeat’ untuk artis kpop, jadi lagu balad ini di luar rangka keselesaan tysha. Tapi, ini memang objektif tysha nanti dan harap-harap Tysha boleh buat and capaikan impian ni.
6. Adakah Tysha Dan Audi dikehendaki berada di Korea ketika proses pembikinan lagu Tag Me sahaja atau untuk keseluruhan album?
Setakat ini, kitorang tidak dikehendaki untuk berada di Korea; terutamanya sebab sekarang tengah Covid kan tapi….. kalau situasi Covid-19 dah okay nanti, Tysha harap boleh pergi ke Korea untuk mendalami pengalaman menyaksikan keseluruhan proses pembikinan lagu kpop kat sana dan berjumpa dengan komposer, produser muzik, dan artis yang kita bekerja dengannya. 🙂
7. Jika Secret Number membanggakan orang Indonesia kerana ahlinya merupakan warga negara sana, sudah pasti Weeekly membanggakan Malaysia kerana mereka terbentuk daripada buatan tangan anak Malaysia sendiri. Weeekly beberapa kali menewaskan Secret Number dalam perebutan Best Rookie pada tahun ini terutamanya di dalam Mnet Music Awards (MAMA) 2020 dan Melon Music Awards (MMA) 2020, jadi ia mungkin satu kebanggaan apabila menyaksikan ‘kita’ menang di mata rakyat Korea. Apakah harapan Tysha tentang Weeekly apabila melihat ada potensi kumpulan ini mampu meraih sokongan peminat di serata Asia Tenggara (Asean) pula di masa hadapan?
Harapan Tysha untuk Weeekly adalah untuk mereka dapat dikenali serata dunia seperti BTS. Tysha harap diorang akan jadi lebih terkenal dengan bakat mereka terutamanya di Hollywood 🙂
8. Besar impian ini. Mungkinkah Weeekly juga mampu ikuti jejak langkah Blackpink jua pada suatu masa kelak?
Ya, Tysha sangat-sangat berharap. Pencapaian Tysha pula setakat ini, walaupun tak banyak, tapi impian boleh dicapai, tak kiralah betapa besarnya impian itu sekiranya kita bekerja kuat, tidak mudah mengaku kalah dan berterusan buat yang apa kita kehendaki.
9. Dalam banyak-banyak kumpulan kpop dihasilkan di Korea, senaraikan 3 yang menjadi kegemaran Tysha. Nyatakan siapa artis Kpop yang Tysha mahu mereka nyanyikan dari hasil gubahan Tysha sendiri.
3 artist kegemaran; GOT7, G-IDLE, EVERGLOW. Harap-harap satu hari nanti, diorang pula akan nyanyikan lagu gubahan Tysha.
10. Pemilihan yang tepat. Tidak terlalu ‘mainstream’ seperti kebanyakan peminat suka sekarang.
Ya, Tysha suka diorang sebab Tysha rasa lagu diorang sangat berbeza dan unik sekali 🙂
11. Macam mana dengan artis solo pula, siapakah kegemaran Tysha?
Hmmm, Tysha minat Lee Hi sebab suara dia hebat dan julat suaranya pun menggerunkan! Lagu balad dia pun boleh buat Tysha nangis sorang-sorang walaupun tak faham sangat apa yg dia nyanyi kan tu hahaha. Tysha minat CL (Lee Chae Rin) jugak kerana mutu keasliannya dan realistik seperti seorang artis. Dia buat lagu dia sendiri, terkenal di seluruh dunia dan sangat berbakat. Tysha meminatinya sejak zaman 2NE1 lagi.
12. Akhir sekali dari saya, apakah ada kolaborasi untuk menghasilkan lagu-lagu kpop lain pula yang mahu dikongsikan buat pembaca Kmania?
Ya, memang ada beberapa lagu tengah di dalam pembikinan untuk artis kpop dan harap-harap akan dikeluarkan pada awal tahun depan 🙂 Kalau nak tahu siapa, kena tunggu atau follow instagram Tysha – @tyshatiar untuk sebarang klu hehehehe
Terima kasih Tysha kerana sudi meluahkan masa hadiri temubual bersama kami. Kami ucapkan selamat berjaya dan semoga boleh berkunjung ke sana..😊🥰❤️❤️