Hanya Blackpink & BTS saja, artis Kpop yang tersenarai di dalam 50 Lagu Terbaik Tahun 2020 oleh Rolling Stone

Tidak cukup dengan kejayaan berterusan di Amerika Syarikat, lagu-lagu keluaran Blackpink dan BTS telah diangkat antara 50 lagu terbaik oleh Rolling Stone.

‘Ice Cream’ yang diletakkan di posisi no.13 merupakan kolaborasi di antara Blackpink dan Selena Gomez dengan khidmat Ariana Grande sebagai salah seorang penulisnya. Rolling Stone menggelarkan Blackpink sebagai ratu dan menjadi pendukung kuasa di sebalik gelombang angin yang menyelubungi Amerika Syarikat.

Manakala, ‘Dynamite’ pula diletakkan di tangga no.7 merupakan single berbahas Inggeris sepenuhnya daripada BTS. Rolling Stone menganggap single keluaran BTS itu sebagai milik sepenuhnya daripada BTS dengan bernadakan semangat daripada disko 1980. Rolling Stone turut memuji Jungkook menyebut perkataan ‘Rolling Stone’ di awal liriknya.

Dengan pengiktirafan ini, ia menjadikan BTS dan Blackpink kedua-dua kumpulan pop tersohor pada tahun 2020.

Sumber: Rolling Stone

loading...