Mashiho TREASURE berkongsikan satu gambar Doyoung sempena menyambut hari jadi rakan baiknya itu yang kini berusia 17 tahun pada hari ini, 4 Disember 2020.
“Doyoung
Gambar tersebut menunjukkan Doyoung mengacah dirinya bergaya mengikut patung-patung arca yang sememangnya menjadi mercu tanda di Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu, Sabah. Malah, bukti lain yang dapat dilihat ialah terteranya cogan tanda berbunyi, “Dimiliki oleh Tastiway Marketing Sdn Bhd.”
[📸] #TREASURE member, Mashiho shared a photo of birthday boy, Doyoung at Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu, Sabah. 🇲🇾
When did they visit Malaysia?
That will remain a misteri nusantara 😅Hope they had a great time here! 🥰#OurTreasureBunnyDoyoung 🐰 https://t.co/iy87hC8n79 pic.twitter.com/kjEnC6Oc1A
— Malaysian Kpop Fans (@MsiaKPOPfans) December 3, 2020
Menurut blogger Mkpop Fans, misteri keberadaan Doyoung di Sabah menjadi tanda-tanya tentang bilakah artis kpop itu pernah berkunjung ke situ. Hal ini kerana rekod gambar itu juga menunjukkan patung-patung itu pernah dipindahkan ke tempat dimaksudkan setelah ruang kedai yang asal mungkin dikosongkan. Tidak dapat dipastikan samada Doyoung pernah mengunjungi pusat beli-belah itu sebelum pandemik Covid-19 mula merebak ketika TREASURE masih lagi di dalam persediaan untuk ‘debut’.
TREASURE kini masih di rangka mempromosikan album mini single ketiga mereka, The First Step: Chapter Three menjelang beberapa minggu sebelum pelancaran album sulung pada awal tahun hadapan.
Sumber: N/A