15 artis kpop ini telah selamat menduduki peperiksaan CSAT a.k.a SPM/STPM Malaysia pada hari ini

Peperiksaan CSAT 2021 yang berlangsung pada hari ini, 3 November 2020 telah menyaksikan keterlibatan daripada puluhan artis kpop yang berusia 18-19 tahun.

Disebabkan gejala pandemik Covid-19, tidak seperti amalan sebelum ini di mana artis-artis kpop ini akan bertegur sapa dengan peminat sebelum mereka melangkah masuk ke dewan peperiksaan, artis-artis Kpop ditegah untuk menyambut peminat dan mesti memasuki dewan peperiksaan secara senyap-senyap.

Namun, bukan semua artis Kpop berusia lingkungan 18-19 tahun mengambil peperiksaan CSAT 2021. Contohnya, Jisung NCT, Beomgyu TXT, Heuningkai TXT, Taehyun TXT dan IN (Jeong In) Stray Kids memilih untuk memfokuskan kepada kerjaya nyanyian mereka berbanding belajar di kolej.

Berikut beberapa artis-artis kpop yang telah pun menduduki peperiksaan CSAT 2021 hari ini:

  1. Song Hyeong Jun & Kang Min Hee CRAVITY

2. Cha Jun Ho & Kim Min Seo DRIPPIN

Woolim Entertainment mengesahkan mereka telah selamat menjalani menduduki peperiksaan. “Terima kasih kepada semua yang menyokong saya. Mari dapatkan skor tertinggi. Fighting,” kata Cha Junho.

3. Lucy WekiMeki

4. Bang Yedam TREASURE

5. Woongi TOO

6. Wonhyuk, Wonjun & Yejun E’LAST

6. Yeojin LOONA

7. Donghyun Golden Child

Selain daripada nama di atas, Chaerin Cherry Bullet, Semi Cignature dan Yoochae Nature juga menduduki peperiksaan pada hari ini.

Semoga mendapat keputusan yang cemerlang di dalam bidang masing-masing!

Sumber: tenasia, news1

loading...