Blackpink rancang adakan konsert ‘online’ besar-besaran pada 27 Disember ini

Blackpink dijangka akan mengadakan konsert ‘online’ besar-besaran sempena mempromosikan album sulung mereka, ‘Blackpink The Album’.

Menurut YG Entertainment, konsert tersebut yang dinamakan sebagai “YG Palm Stage – 2020 BLACKPINK: The Show” akan disiarkan secara langsung menerusi Youtube Music pada jam 1 petang waktu Malaysia, 27 Disember 2020. Jenama ‘Palm Stage’ diperkenalkan bagi menunjukkan konsert boleh ditonton di bawah tapak tangan manusia saja.

Pada hari esok 4 Disember 2020 pula, Blackpink akan mengadakan siaran langsung berjudul “BLACKPINK – ‘The Show’ Announcement Live” pada jam 1 petang sebagai persediaan untuk berinteraksi dengan peminat sebelum konsert bermula.

Untuk membeli tiket, rujuk di sini.

Sumber: OSEN

loading...