[Gempar] Eli U-KISS sudah bercerai dengan isterinya, Ji Yeon Soo

Bekas ahli U-KISS, Eli atau nama sebenarnya Ellison Kyoung-jae Kim (29 tahun), mengumumkan dia dan isterinya, Ji Yeon Soo sudah bercerai setelah enam tahun melayari bahtera bersama.

Eli membuat pengesahan itu dalam satu kenyataan sambil berkata, “2020 ini tahun yang sukar bagi kami. Saya ada sesuatu nak dikongsikan. Saya dan isteri putuskan untuk bercerai. Saya tinggal di Amerika Syarikat manakala anak tinggal bersama ibunya di Korea. Walaupun saya tak dapat bersemuka dengan Micheal sekarang, tapi saya akan cuba menjadi ayah terbaik buatnya. Saya tak pasti masa depan macammana, tapi saya doakan Micheal dan ibunya berbahagia. Maaf kerana perkahwinan kami terpaksa berakhir begini.”

Eli dan Ji Yeon Soo mendaftarkan perkahwinan mereka pada Jun 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki pada tahun 2015. Majlis perkahwinan mereka dibuat pada tahun 2017, tiga tahun sebelum penceraian mereka pada hari ini.

Sumber: xsportnews

loading...