Seperti juga Melon Music Awards sebelum ini, 2020 APAN Awards juga telah mengeluarkan senarai penerima TOP 10 Artists. Pemilihan anugerah ini berdasarkan merit daripada undian peminat serta jualan digital dan fizikal album yang diperolehi di Korea sepanjang tahun 2020 ini.
Antara yang tersenarai ialah Kang Daniel, The Boyz, MONSTA X, BTS, Seventeen, IZ*ONE, Lim Young Woong, GOT7, NCT 127, dan TWICE. Namun, nama Blackpink langsung tidak kelihatan dan tidak dipedulikan (“snubbed”) sehingga menyebabkan sekumpulan peminat menyuarakan bantahan mereka di laman sosial.
Alasan mereka ialah pengiktirafan ‘jutawan’ diberikan oleh Gaon di atas pencapaian album studio pertama mereka mencecah 1 juta unit selain lagu ‘How You Like That’ yang menjadi hit dan menjadi juara carta berminggu-minggu sepatutnya sudah cukup untuk dijadikan sebagai sandaran bagi melayakkan Blackpink tercalon secara automatik. Serentak dengan itu, tanda pagar “APAN Rigged Awards Show” berlegar-legar di ruang twitter dan menjadi sohor kini sejak daripada itu. Malah, ‘meme’ kritikan hebat The Weekend terhadap Grammy Awards juga telah diubahsuai dengan Blackpink menjadi tajuknya.
Selain Blackpink, tidak disenaraikan juga ialah Baekhyun, pemegang album solo paling laris pada tahun 2020 ini.
2020 APAN Awards telah ditangguhkan majlisnya yang sepatutnya berlangsung pada 27 hingg 28 November 2020 ini.
Sumber: N/A