Bukan saja merokok, Lai Kuan Lin juga pernah menggatal dengan perempuan lain sampai abaikan mereka, dakwa peminat

Belum pun selesai lagi kontroversi merokok dan meludah merata-rata melibatkan Lai Kuan Lin, kali ini bekas ahli Wanna One itu dituduh menggatal dengan perempuan lain pula sehingga dikatakan mengabaikan peminat yang bertungkus-lumus menaikkan namanya.

Sebuah portal yang mengakui sebagai kelab peminat Lai Kuan Lin di China, Kuanlin_MEM membuat satu status mengejutkan berkenaan penyanyi idola kesayangannya mereka itu. “Adakah kau maksudkan kau takkan kena kantoi depan kamera lagi? Ini kali pertama kau kantoi. Kalau kau sudah bertaubat, takkan berlaku insiden hari ini. Aku tahu bukan orang yang beradab sejak kau caci kelab peminat. F*** your mother,” tulis kelab peminat itu merujuk kepada permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh Lai Kuan Lin tadi.

Baca lagi: Kantoi merokok & meludah merata-rata, Lai Kuanlin Wanna One mohon maaf kerana tak jaga kelakuan baik

Kuanlin_MEM berkongsikan betapa kecewanya mereka apabila menyedari Lai Kuan Lin telah mengabaikan mereka sejak mengunjungi cafe kucing untuk bersemuka dengan teman wanitanya. Dakwa mereka, Lai Kuan Lin telah berhenti memuatnaik gambarnya mengunjungi cafe berkenaan serta gambar-gambar rutin hariannya semata-mata kerana tidak mahu peminat bertanyakan tentang siapa yang dibawanya sekali ke cafe itu.

Kuanlin_MEM menyertakan bukti Lai Kuan Lin dan perempuan yang dikatakan teman wanitanya itu pernah duduk di sofa yang sama, malah video mereka bersemuka juga pernah diposkan di Douyin (TikTok).

Agensi Lai Kuan Lin, Cube Ent. sedang dihubungi untuk menjelaskan isu berkenaan. Sebelum ini, Lai Kuan Lin pernah cuba membatalkan kontraknya bersama Cube Ent, namun gagal berbuat demikian selepas mahkamah menolaknya.

Sumber: weibo

loading...