Xiumin atau nama sebenarnya, Kim Min Suk dijangka akan menamatkan khidmat ketenteraan pada 6 Disember 2020.
Jurucakap SM Entertainment yang dilaporkan berkata, “Xiumin sedang menghabiskan cuti-cuti akhirnya pada tahun ini. Untuk mengelakkan sebarang penularan Covid-19, Xiumin dilepaskan tanpa perlu kembali semula pada 6 Disember berpandukan pada arahan yang ditetapkan.”
Xiumin menyertai latihan ketenteraan pada 7 Mei 2019 lalu, dan menjadi ahli pertama EXO yang berbuat demikian disusuli kemudian oleh Do Kyung Soo (D.O.), Suho, dan Chen. Sepanjang berkhidmat, Xiumin sempat membabitkan diri dalam teater muzikal tentera, ‘Return’.
Sumber: CBS
loading...