GOT7 & NCT bersaing tambat hati peminat masing-masing dengan MV terbaru; NCT lebih padu dengan pelancaran album ‘RESONANCE Pt.2’ tak sampai 2 bulan

 

GOT7 dan NCT mengeluarkan single terbaru mereka hari ini, 23 November 2020 masing-masing berjudul ‘Breath’ dan ’90’s Love’.

GOT7 mengeluarkan single tersebut seminggu sebelum pelancaran album, Breath of Love : Last of Piece pada 30 Nov 2020 ini manakala NCT melakukannya serentak dengan pengeluaran album studio penuh siri kedua mereka pada tahun ini, NCT Resonance Pt. 2.

Single ‘Breath’ dicipta oleh Youngjae GOT7 dengan gambaran peminat di dalam ingatannya. “Ahgase ialah orang yang membuatkan saya dapat rasa kebahagian dalam hidup dan tetap bernafas seperti nama lagu ini, seterusnya menjadi penyebab kami untuk terus menyanyi. Saya harap keikhlasan kami dapat ditonjolkan menerusi lagu ini,” kata Youngjae menjelaskan lagu ini. Breath of Love : Last of Piece bakal menjad ialbum studio penuh mereka yang pertama dalam tempoh 2 tahun selepas Present You pada tahun 2018.

Sementara itu, NCT yang mencipta kegemilangan dengan album siri pertama, NCT Resonance Pt. 1 sebelum ini sehingga meraih jualan melebihi 1 juta unit dalam masa sebulan saja, kembali semula menghadiahkan peminat dengan album siri kedua pula dalam tempoh tak sampai 2 bulan. NCT Resonance Pt. 2 mengandungi 13 buah lagu dengan 8 lagu merupakan lagu terbaru dengan subunit tersendiri.

Jika sebelum ini peminat boleh bergembira dengan hasil ‘Make A Wish’ nyanyian subunit NCT U yang agak memuaskan, kali ini NCT tampil dengan ’90’s Love’ di bawah subunit Win-win, Mark, Geno, Haechan, Yangyang, dan Sungchan pula. ’90’s Love’ adalah sebuah lagu berentakkan retro R&B pada tahun 90-an dengan saduran muzik terkini.

Selain daripada itu, ‘Work It’ lagu berentakkan EDM adalah nyanyian subunit Johnny, Yuta, Ten, Jungwoo, Hendry, Jaemin, dan Jisung, ‘Raise The Roof’ lagu berentakkan hip hop adalah nyanyian subunit Taeil, Johnny, Utah, Kun, Jungwoo, Hendry, Jun Jun, Chunle, dan Jisung, ‘My Everything’, lagu balad dengan petikan piano adalah nyanyian subunit Taeil, Renjun dan Xiaojun, ‘All About You’ lagu retro berentakkan midtempo adalah nyanyian subunit Jaehyun, Jungwoo, Mark, Hendry, Shotaro, Hendrey dan Chenle serta terakhir sekali, ‘IOU’ lagu hip hop tempo perlahan dengan lirik berlari-larian di atas timbunan salji adalah nyanyian subunit Taeyong, Doyoung, Kun, Yangyang, Shotaro, Cheonle, and Jisung.

Kedua-dua MV ‘Breath’ dan ’90’s Love’ boleh ditonton mulai jam 5 petang waktu Malaysia tadi.

Sumber: donga, nocutnews

loading...