Jungkook BTS diangkat sebagai ‘Lelaki Antarabangsa Paling Seksi Pernah Hidup Tahun 2020’ oleh majalah terkemuka, People

Jungkook BTS diangkat meraih gelaran ‘Sexiest International Man Alive 2020’ atau ‘Lelaki Antarabangsa Paling Seksi Pernah Hidup Tahun 2020’ oleh majalah terkemuka, People.

Jungkook BTS diumumkan sebagai pemenang selepas menewaskan Dan Levy, Keith Urban, Matthew Rhys dan Paul Mescal dalam satu undian dijalankan dalam kalangan pembaca majalah itu sebulan sebelum keputusan diumumkan.

Pengiktirafan itu juga menjadikan Jungkook artis pertama berbuat demikian sejak anugerah itu diperkenalkan buat pertama kali, dan juga artis kelahiran Korea pernah dinobatkan sebagai pemenang untuk mana-mana kategori oleh majalah People. People amat dikenali sebagai majalah yang seringkali mengiktiraf senarai ‘Lelaki Paling Seksi’ pilihan mereka saban tahun.

Sumber: People

loading...