Aespa benamkan rekod 2 tahun ITZY, raih tontonan ‘debut’ tertinggi di Youtube dalam sehari

Aespa mencipta sejarah menjadi kumpulan kpop pertama berjaya ‘debut’ dengan lebih 20 juta tontonan dalam masa sehari.

Dengan single debut ‘Black Mamba’, Aespa telah menumbangkan rekod dua tahun ITZY pada Februari 2019 yang pernah dikuasai oleh mereka menerusi ‘Dalla Dalla’ sebelum ini. ‘Black Mamba’ merekodkan tontonan sebanyak 21,425,062 juta di Youtube dalam sehari (data rasmi akan dikeluarkan Youtube kemudian) sekaligus mengatasi rekod sebelumnya, iaitu ‘Dalla Dalla’ yang meraih 17.1 juta tontonan.

Beberapa kumpulan kpop baru cuba menembusi rekod tontonan ‘debut’ tertinggi dibuat oleh ITZY, namun mereka gagal untuk berbuat demikian. Antaranya, TXT dengan single debut ‘Crown’ pada Mac 2019, TREASURE dengan single debut ‘Boy’ pada Ogos 2020 dan Super M dengan single ‘debut’ Jopping pada Oktober 2019 yang masing-masing hanya mampu meraih jumlah tontonan sebanyak 15.1 juta, 9.15 juta dan 8.76 juta saja dalam tempoh 24 jam.

Aespa yang dianggotai oleh empat orang : Karina (Yoon Ji Min – Korea), Giselle (Uchinaga Aeri – Jepun), Winter (Kim Min Jung – Korea), dan Ningning (Ning Yizou – China) ini, merupakan projek eksperimen yang menggabungkan 4 ahli sebenar dengan 4 ahli virtual , menggunakan teknik penjanaan imej dan Hologram AR. Ia merupakan kumpulan kpop perempuan pertama dilancarkan oleh SM Entertainment sejak Red Velvet pada tahun 2014.

Sumber: soompi