Rupanya dah tiga bulan Hyun Woo dan Pyo Ye Jin menyulam cinta!

Selepas Lee Dong Gun dan Jo Yoon Hee, nampaknya ada satu lagi pasangan dari drama yang sama dikatakan bercinta. Kali ini giliran Hyun Woo dan Pyo Ye Jin dilaporkan berpacaran secara rasmi.

Pada 3 September, kedua-dua agensi pelakon berkenaan telah menunjukkan tindak balas mengenai khabar angin yang sedang bertiup bahawa Hyun Woo dan Pyo Ye Jin kini bercinta.

Dalam satu kenyataan rasmi kepada protal berita OSEN, kedua-dua agensi terbabit mengumumkan, “Hyun Woo dan Pyo Ye Jin telah berpacaran selama tiga bulan.”

Hyun Woo dan Pyo Ye Jin pertama kali bertemu ketika keduanya membintangi drama KBS – “Laurel Tree Tailors” (2017) yang mana mereka akhirnya mencipta hubungan yang romantis. dengan hubungan mereka akhirnya berubah menjadi romantik.

Hyun Woo telah muncul membintangi MBN – “Witch’s Love” yang baru sahaja berakhir manakala Pyo Ye Jin pula muncul menerusi tvN “What’s Wrong with Secretary Kim”.

Tahniah kami ucapkan buat pasangan ini!

Sumber : Naver

loading...