Permintaan semakin tinggi, Hwall The Boyz pula direkruit untuk bintangi drama “yaoi” seterusnya

Hwall (atau nama sebenarnya Heo Hyun Jun) bekas ahli The Boyz yang meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2019, sudah pun bersetuju untuk membintangi drama “yaoi” seterusnya berjudul ‘Color Rush’ terbitan Story Wiz Productions.

‘Color Rush’ berkisarkan tentang keadaan di mana watak utama melihat dunia ini seakan-akan cahaya kelabu kerana penyakit buta warna dinamakan sebagai ‘Color Rush’. Penyakit ini terjadi jikalau dia berhadapan dengan orang yang berkait dengan takdirnya. Jalan ceritanya tidaklah terlalu rumit untuk sesiapa saja baru berjinak-jinak dengan drama web bergenre ‘Boys Love’.  Pelakon baru Yoo Joon akan direkruit membawa watak utama Yeon Woo ini dan menjadi pasangan kekasih kepada Yo Han, lakonan Hwall.

Permintaan yang agak tinggi terhadap drama korea bergenre ‘Boys Love’ atau “yaoi” telah menggalakkan pihak produksi untuk menghasilkannya lebih-lebih lagi apabila ianya dibintangi oleh penyanyi idol. Sehingga kini pada tahun 2020, terdapat satu drama yang sudah pun ditayangkan dan satu lagi masih di dalam pembikinan.

‘Color Rush’ dijangka ditayangkan pada pertengahan bulan Disember depan.

Sumber: xsportnews

loading...