Kim Seon Ho akui pernah dikecewakan sehingga melutut berjam-jam demi tagih cinta yang tak kesampaian

Kim Seon Ho semakin mendapat perhatian di atas lakonannya yang penuh mengujakan di dalam drama tvN Start Up.

Tak lama dahulu, Kim Seon Ho berkongsikan cerita bahawa dia pernah dikecewakan oleh seseorang yang dipanggil oleh A ketika dia sedang berkhidmat dengan ketenteraan. A dan Kim Seon Ho telah menjalani hubungan cinta selama 3 tahun sehinggalah pada suatu hari, Kim Seon Ho dikejutkan dengan sebuah keratan mesej yang diterima daripadanya berbunyi, “Oppa, Aku Minta Maaf.”

Kim Seon Ho cuba menghubungi A, namun usahanya tak berhasil. Akhirnya, Kim Seon Ho terus bergegas ke rumah A untuk mendapatkan penjelasan daripadanya. Lantas tanpa berfikir panjang, Kim Seon Ho terus melutut di depan pintu rumahnya. Ketika itu, A sedang bersiap-siap untuk menemui teman lelaki baru.

“Aku tak patut buat camtu, tapi aku melutut depan dia. Aku begitu terdesak sebab menyangkakan aku ni askar. Aku melutut selama 3 jam mengharapkan boleh cakap dengannya. Perbualan kami masa itu hanya ‘Jangan pergi’ dan ‘Tak, aku kena pergi juga,” kata Kim Seon Ho cuba mengingatkan balik kejadian sedih itu.

Namun, trauma dialami oleh Kim Seon Ho bukan bermula daripada situ saja. Dia juga pernah menyaksikan ibunya ditikam oleh penyangak (perompak) yang menceroboh masuk ke dalam rumahnya ketika masih di sekolah rendah.

“Aku bersembunyi di dalam bilik. Aku nampak mak aku diusung dengan darah membuak-buak keluar. Bila mata aku bertentang mata dengan mata penyangak itu, penyangak itu menjerit tapi mak aku cepat-cepat menghalang (melindunginya daripada dicederakan), ” ceritanya dengan nada sedih.

Sejak daripada itu, Kim Seon Ho bimbang dan cuba mendampingi ibunya ke mana saja. Malah, ibunya akan trauma sekiranya melihat mana-mana lelaki berpakaian jean dan kemeja T putih cuba menghampirinya. Kim Seon Ho juga menamakan cikgunya sebagai orang yang bertanggungjawab membawanya keluar daripada sejarah silam itu.

“Ia sudah lama berlalu dan manusia juga sudah berubah. Ketika aku mula menceburi ilmu lakonan teater, aku anggapnya sebagai latihan, dan aku akan harunginya juga,” ujar Kim Seon Ho menyakinkan peminat bahawa peristiwa-peristiwa menyedihkan berlaku terhadapnya itu membuatkannya menjadi lebih kuat di masa hadapan.

tvN Start Up. boleh disaksikan di Netflix sekarang.

Sumber: insight

loading...