Seo Hyun Jin & Yoon Kye Sang bakal digandingkan untuk drama terbaru ‘You Are My Spring’?

Seo Hyun Jin dan Yoon Kye Sang sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk membintangi drama terbaru, ‘You Are My Spring’.

‘You Are My Spring’ adalah sebuah drama yang berkisarkan tentang tiga orang yang mengharungi kehidupan orang dewasa dalam keadaan diri mereka masih berusia 7 tahun.

Seo Hyun Jin, pemenang Best Actress Baeksang Awards ini, akan membawakan watak pengurus hotel bernama Kang Da Jung,mempunyai rupa yang mirip dengan ayahnya dan memiliki ketabahan hati seperti ibunya. Kang Da Jung tidak perlu melanjutkan pelajaran ke akademi termahal, namun biasiswa yang diterimanya sudah cukup untuk membolehkannya mendapat pekerjaan di hotel mewah, sekaligus menjadi pengurus terpantas sekali dalam kalangan rakan-rakan sekerjanya. Hidup Seo Hyu Jin cukup sempurna sehingga dia menemui lelaki sampah yang mirip dengan ayahnya.

Yoon Kye Sang pula akan memegang watak  Joo Young Do, pakar psikiatrik yang cuba memulih hati mereka yang terluka kerana kemurungan atau patah hati. Joo Young Do tidak dapat melupakan sejarah pahit dalam hidupnya di mana dia tidak dapat menyelamatkan abangnya dan salah seorang ibubapanya. Penggemar Yoon Kye Sang pasti akan teringat lakonannya di dalam MBC The Greatest Love, membawakan watak doktor homeopati yang disukai ramai.

Sekiranya Seo Hyun Jin dan Yoon Kye Sang menerimanya, ia bakal menjadi lakonan mereka masing-masing selepas tvN Black Dog dan jtbc Chocolate. Seo Hyun Jin juga pernah membuat kemunculan khas sebagai doktor di dalam tvN Youth of Records baru-baru ini.

‘You Are My Spring’  yang bakal ditulis sepenuhnya oleh Lee Mi Na (“tvN Bubblegum”) dan mendapat sentuhan sutradara PD Jung Ji Hyun (“tvN Mr. Sunshine”,”OCN Search: WWW”,”SBS The King: Eternal Monarch”) ini akan ditayangkan menjelang pertengahan tahun 2021 depan.

Sumber: IS Plus 1, IS Plus 2

loading...