Kacak macam dirinya juga, Kim Seok Jin BTS tak nafi Lee Suho “True Beauty” juga mirip sepertinya

May be an anime-style image of 2 people

Kim Seok Jin BTS secara berseloroh menjawab pertanyaan peminat berkenaan tentang lakaran webtoon ‘True Beauty’, Lee Suho yang dikatakan menyerupai dirinya.

Perbandingan di antara Lee Suho dengan Kim Seok Jin itu dibuat oleh peminat di laman sosial Weverse berikutan aksi teletah kedua-duanya yang juga agak mirip setelah cuba dipadankan sama walaupun watak Lee Suho di dalam versi drama TvN True Beauty sebenarnya dilakonkan oleh Cha Eun Woo daripada ASTRO.

“Oh, kedua-dua lakaran dan orang sebenar (Seok Jin) memang betul kacak, seperti dijangka,” jawab Kim Seok Jin secara berseloroh. Memandangkan Kim Seok Jin dikenali seorang yang begitu yakin akan penampilan dirinya sehingga menggelarkan dirinya, “Worldwide Handsome”, maka jawapan sebegitu sudah dapat dijangka.

JHope tidak kurang juga melayan peminat sambil berkata, “Gambar berwajah seperti manusia.” Hantaran dibuat oleh kedua-dua ahli BTS itu kemudiannya dikongsikan ratusan ribu peminat sehingga mendapat perhatian penggemar webtoon dan drama tersebut.

Drama tvN True Beauty kini sedang hangat bersiaran dan boleh ditonton di cenel tvN Asia Astro 395 setiap hari Khamis dan Jumaat jam 9.50 malam.

Sumber: Weverse, koreaboo

loading...