Blackpink semalam dikecam oleh sebilangan besar netizen kerana tidak mematuhi larangan untuk mendekati mana-mana beruang panda pinjaman dari China sehingga tergamak menyentuhnya.
Kontroversi bermula apabila ‘teaser’ episod terbaru vlog yang dimuatnaikkan telah memaparkan Blackpink mengunjungi taman tema Everland lalu kemudiannya mereka diberi kebenaran untuk menyentuh bayi panda tersebut setelah mengidam melihatnya buat kali pertama. Jennie diberi peluang untuk menyusukan bayi panda itu yang dinamakan sebagai Fubao.
Beberapa portal media dan sebilangan netizen China mengecam perbuatan bertanggungjawab Blackpink tersebut atas beberapa faktor, antaranya Blackpink dilihat memakai mekap dengan produk kecantikan yang tidak diketahui asal-usul kandungannya dikhuatri akan mendatangkan implikasi buruk kepada Fubao selain salah seorang daripada mereka menyentuh Fubao tanpa memakai sarung tangan dan penutup muka.
Apapun, mereka sebenarnya dilarang untuk mendekati panda malah jauh sekali menyentuhnya bagi melindungi panda tersebut daripada sebarang penyakit berjangkit berpandukan peraturan ditetapkan oleh Pentadbiran Perhutanan Negara China. Walaupun Fubao lahir di Korea, Fubao sebenarnya dipinjamkan 1 juta USD (~RM4.14 juta) setahun oleh kerajaan China atas dasar hubungan diplomatik dengan kerajaan itu dan segala kos penjagaannya adalah di bawah tanggungjawab negara tersebut. Ia sama seperti Yi Yi yang kini di bawah jagaan Zoo Malaysia dan Nuan Nuan yang telah pun diserahkan kepada kerajaan China atas dasar hubungan diplomatik Malaysia dengan China.
Seorang netizen pula memuatnaik foto Jennie Blackpink sedang memelihara anjing menyemarakkan lagi sentimen kemarahan itu berikutan kebanyakan panda pernah mati pada tahun 2015 kerana dijangkiti oleh virus Distemper Anjing. Rentetan daripada itu, Pentadbiran Perhutanan Negara China dikatakan sedang menyiasat kejadian berkenaan, dan sekiranya didapati peraturan itu telah dicabuli, kerajaan China tidak teragak-agak untuk menarik balik panda pinjamannya dari taman tema Everland tersebut.
Sehubungan dengan itu pula, peminat Blinks China memohon YG untuk memadamkan video teaser dan menyiarkan episod terkini vlog berkenaan, bertepatan dengan saranan dibuat oleh peminat Blinks di serantau dunia. “Blackpink tidak harus dipersalahkan kerana mereka mungkin tidak dimaklumkan peraturan-peraturan khusus tersebut oleh pihak pengurusan mereka mahupun pihak pengurusan zoo berkenaan kerana kecuaiannya,” kata salah seorang peminat tersebut.