Stray Kids dijangka akan membuat penampilan sulung bersama peminat mereka di Malaysia menerusi Shopee Live.
Menurut pengumuman dibuat oleh Shopee beberapa jam tadi, Stray Kids diletakkan dalam barisan artis yang akan menjayakan konsert 11.11 Big Show. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan samada Stray Kids sendiri akan bertandang ke Malaysia bagi menjayakannya ataupun persembahan mereka di Korea pula yang dipaparkan di atas skrin dan bakal disaksikan secara langsung di atas talian seperti kebanyakan kumpulan kpop lakukan sebelum ini bagi mengekang penularan gejala pandemik Covid-19. Malah, sama seperti amalan tradisi sebelum ini, TV3 dijangka akan mengambil bahagian untuk menyiarkan konsert itu secara langsung pada 11 November 2020 ini jam 9.00 malam untuk tatapan peminat di Malaysia.
Let's make it official 😉
Stray Kids is coming to Shopee Live on 11 November as part of our 11.11 Big Show! We hope you're ALL IN for their upcoming performance 😍✨🎤!Stays, set your reminder here: https://t.co/NnbA1VyI4B#ShopeeMY #ShopeeMYxStrayKids #ShopeexJYP pic.twitter.com/EKfP1nNy9i
— Shopee Malaysia (@ShopeeMY) November 4, 2020
Serentak dengan pengumuman Shopee tersebut, netizen turut sama bersuka ria meraihkannya dengan menaikkan tanda pagar #hanjisungbalikkekampung di ruangan twitter dan masih lagi sohor kini sejak dari tadi. Tanda pagar berkenaan merujuk kepada Han Ji Sung yang pernah tinggal di Malaysia sekian lama dahulu dipercayai untuk menyambung pengajian sebelum ‘debut’ bersama Stray Kids.
Sumber: Shopee