Foto Chen EXO sedang menabur bakti untuk negara tercinta, bertebaran di ruangan media sosial

Gambar Chen (atau nama sebenarnya Kim Jong Dae) yang kini sedang menjalani latihan ketenteraan, bertebaran di ruangan media sosial sebaik saja disebarkan di laman komuniti forum.

Gambar tersebut menunjukkan Chen yang membotakkan kepalanya, kelihatan tersenyum gembira bersama rakan-rakan pelatih lain.

Baca lagi: Di ambang hari penyertaan ke dalam khidmat ketenteraan, Chen EXO tulis surat terbuka ditujukan buat peminat

Foto kenangan Chen bersama rakan-rakan EXO sebelum menjejakkan kaki ke pusat latihan.

Chen sebelum ini memaklumkan dirinya sudah berkahwin dan memiliki seorang anak perempuan dalam satu pengumuman mengejutkan dibuat pada Februari 2020 lalu.

Sumber: donga

loading...