Dalam diam, Daniel Henney selamat kahwini Ru Kumagai pelakon kacukan Jepun-Amerika

Pelakon Daniel Henney (44) dalam diam telah pun berkahwin sekaligus menjadikannya ‘sold-out man‘.

Pada 20 Oktober KST, label Daniel Henney Echo Global Group telah berkongsi kenyataan seperti berikut:

Helo, ini Echo Global Group.

Kami ingin memaklumkan kepada anda tentang perkahwinan pelakon Daniel Henney. Daniel Henney telah bertemu seseorang yang dia mahu menghabiskan sisa hidupnya bersamanya. Hubungan mereka telah berakhir dengan indah dalam sebuah perkahwinan.

Pasangan hidup pilihan Daniel Henney ialah Ru Kumagai, seorang pelakon dan model kacukan Jepun – Amerika. Desas-desus mengenai hubungan percintaan mereka telah dilaporkan sebelum ini. Pada masa itu, mereka hanya sekadar kawan, tetapi berikutan khabar angin itu, keduanya mula bercinta. Dan baru-baru ini, mereka mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup di Amerika Syarikat dengan kehadiran keluarga mereka. Kami memohon maaf kerana kami tidak dapat menyampaikan berita ini dengan lebih awal.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta menghormati kehidupan peribadi mereka. Sila berikan doa dan sokongan hangat kepada Daniel Henney dan Ru Kumagai, yang telah mencapai keputusan penting dalam kehidupan mereka sebagai individu , dan Daniel Henney serta agensi akan meneruskan usaha untuk membalas kasih sayang dan sokongan anda.

Terima kasih.

Daniel Henney dan Ru Kumagai sebelum ini didakwa bercinta pada April 2018.

Daniel Henney bekerja sebagai model sejak tahun 2001, dan memulakan kerjaya dalam industri hiburan Korea pada tahun 2005 dengan drama ‘My Name is Kim Sam-soon’, sekaligus berjaya menawan hati penonton wanita dan mula mencipta populariti yang luar biasa.

Selepas itu, dia memasuki industri hiburan Hollywood dan menikmati populariti dengan muncul dalam filem ‘X-Men Origins: Wolverine’, siri ‘Criminal Minds’ yang mana dia lebih dikenali sebagai Matthew Simmons dikalangan penonton Amerika serta ‘Wheel of Time’. Baru-baru ini, dia muncul dalam filem ‘Confidential Assignment 2: International’ dan ‘Missing’ di mana kedua filem tersebut mencapai kejayaan box office.

Tahniah diucapkan kepada Daniel Henny dan pasangan!

Sumber : 1 | 2

loading...