Ni-ki ENHYPEN bangga dapat sarung baju hanbok tertulis ‘BTS JK’, khabarnya memang hadiah daripada Jungkook sendiri

Image may contain: 2 people, text and closeup

Semestinya pelatih-pelatih baru di bawah pengurusan BE:LIFT lab hasil dokongan Big Hit Entertainment ini, berbangga apabila mendapat sokongan padu daripada abang senior daripada kumpulan kpop berpengaruh, BTS.

Baru-baru ini, Ni-ki ENHYPEN dilihat memakai baju hanbok tertulis tandatangan Jungkook BTS berbentuk ‘BTS JK’ semasa berhubung secara langsung dengan peminat. Tangkap layar tersebut mendapat perhatian rata-ratanya daripada ARMY, peminat BTS apabila mendapati baju hanbok itu mungkin daripada Jungkook sendiri mengenangkan penyanyi itu pernah memberikan sokongan padu kepada ENHYPEN sebelum ini.

Menurut sumber, Jungkook yang turun padang bersama-sama dengan rakan-rakannya di dalam BTS ke dalam rancangan Mnet I-Land, dikatakan telah menyerahkan sepasang baju Hanbok, sebagai hadiah buat Niki.

Jungkook juga pernah dipetik berkata, “Aku yang buat baju hanbok ini, tapi tak pasti sama ada aku nak pakai ke tidak. Walaupun aku tak pernah pakai kat luar, tapi aku boleh pakai kat rumah.” Pengakuan Jungkook itu membuktikan baju hanbok itu sememangnya miliknya sendiri dan tidak dihasilkan di mana-mana melainkan Jungkook sendiri menyerahkan kepada orang lain sebagai cenderahati.

Baca lagi: Kongsi teaser dramatik, buat ramai peminat teruja nantikan ENHYPEN debut November depan. Jom kenali ENHYPEN!

Berikutan pendedahan tangkap layar tersebut, ARMY sempat berkongsikan pendapat mereka. Antaranya kata-kata seperti “Tak mungkinlah sekadar bagi hadiah saja.”,” Hatimu baik macam muka kamu juga, Jungkook.”,Jungkook buatkan aku semakin sayang padanya.” dapat dilihat di ruang komen twitter.

ENHYPEN dijangka akan ‘debut’ pada bulan November depan dalam tarikh yang belum didedahkan lagi setakat ini.

Sumber: money today

loading...